Select Page
ALUAN PENGERUSI

Alhamdulillah, kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas segala anugerah nikmat dariNya. Selawat dan salam atas junjungan besar Baginda Rasulullah SAW.

Bagi pihak Akademi Tamadun Islam, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung.

Sebagai sebuah akademi, kami berhasrat menjadi peneraju kecemerlangan Tamadun Islam ke arah mendidik dan menginsankan manusia bagi mengembangkan bakat yang holistik dalam dalam bidang. Ketamadunan. Untuk tujuan tersebut, Akademi Tamadun Islam menawarkan kursus Falsafah dan Isu Semasa serta Pemikiran Sains dan Teknologi kepada semua pelajar ijazah pertama bagi membekalkan nilai dan etika mulia dalam kehidupan mereka. Sementara bagi pelajar Pascasiswazah, mereka pula dikehendaki mengambil kursus Falsafah Sains dan Ketamadunan.

Akademi Tamadun Islam dengan kerjasama Sekolah Pendidikan menawarkan program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) yang mula ditawarkan sejak tahun 1998 namun terhenti sementara pada tahun 2008 dan kini kembali ditawarkan pada sesi 20202021.

Akademi Tamadun Islam turut menawarkan Program Pasca Sarjana dalam bidang Pengajian Islam, Sains Halal di
peringkat Sarjana dan Fiqh Sains dan Teknologi di peringkat PhD. Akademi Tamadun Islam turut menyumbang dalam bidang penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat pembangunan
ummah.
Semoga segala sumbangan yang dicurahkan akan dapat dimanfaatkan oleh ummah seluruhnya.

Sekian
Prof. Madya Dr. Nasrul Hisyam Nor Muhamad
Pengerusi Akademi Tamadun Islam
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Teknologi Malaysia.