Select Page

Sejarah penubuhan


Akademi Tamadun Islam bermula dengan penubuhan Unit Pendidikan Islam di Pusat Pengajian Kemanusiaan pada tahun 1973 yang berperanan menawarkan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai salah satu matapelajaran umum UTM kepada semua pelajar Muslim.

Pada tahun 1993, Unit Pendidikan Islam telah ditukarkan kepada Jabatan Pengajian Islam di bawah Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.

Pada tahun 1995, Jabatan Pengajian Islam telah digabungkan bersama Unit Kemasyarakatan UTM dan ditempatkan di Masjid Sultan Ismail yang kemudiannya membawa kepada penubuhan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial. Selain menawarkan mata pelajaran umum universiti, juga penawaran program Sijil Pengajian Islam.

Bermula pada tahun 1998, dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UTM menawarkan program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) seterusnya diangkat menjadi Fakulti Tamadun Islam pada tahun 2009 dan memulakan Program Sarjana Falsafah (Sains Halal) dan Doktor Falsafah (Fiqh Sains dan Teknologi) pada tahun 2010. Turut menawarkan Program Lepasan Ijazah di peringkat Sarjana dan PhD Falsafah (Generik) pada tahun 2011.

Pada 1hb Julai 2018, Fakulti Tamadun Islam telah digabungkan di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang terdiri daripada Sekolah Pendidikan, Sekolah Pengurusan Sumber Manusia, Akademi Bahasa, Akademi Tamadun Islam dan CASIS

Akademi Tamadun Islam kini di tempatkan di T07 di ketuai oleh seorang Pengerusi dan Naib Pengerusi serta mempunyai 40 orang tenaga akademik di UTM JB dan 8 orang di UTM KL.