Select Page

Sinopsis Kursus

Sarjana Pengajian Islam Mod Kerja Kursus membuka ruang kepada para pelajar untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dengan menawarkan kepelbagaian bidang tujahan yang terdiri daripada bidang Perundangan Islam Kontemporari, Ekonomi Islam, Dakwah dan Komunikasi serta Pendidikan Islam. Struktur program yang dibangunkan secara komprehensit dan merentas pelbagai bidang pengkhususan dalam pengajian Islam bagi melahirkan graduan yang komprehensif serta memenuhi keperluan kerjaya masa kini.

Syarat Kemasukan

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau setara, daripada mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara dengan mendapat PNGK/CGPA sekurang-kurangnya 2.50. Bagi calon dengan PNGK/CGPA kurang daripada 2.50 dan sekurang-kurangnya 2.00, pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang berkaitan akan diambil kira atau ijazah Sarjana Muda dalam bidang selain Pengajian Islam daripada mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Senat Univesiti dengan PNGK/CGPA sekurang-kurangnya 2.50 dan memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh MQA tertakluk kepada penilaian dokumen yang ketat oleh fakulti.

Tempoh Pengajian

  • Minimum : 1 tahun (2 semester lazim dan 1 semester pendek)
  • Maksimum : 4 tahun (8 semester)

 

Tempat Penawaran

  • Kampus UTM, Johor Bahru
  • Kampus UTM, Kuala Lumpur

Kursus Elektif (Pilih dua)

Elektif Kod Kursus Nama Kursus Kredit
Perundangan Islam Kontemporari MHIP 1083 Undang-undang Harta Islam Lanjutan 3
MHIP1093 Undang-undang Islam Kontemporari Malaysia 3
MHIP1103 Fiqh Halal Kepenggunaan 3
Ekonomi Islam MHIE1113 Teknologi Kewangan Islam (Islamic Fintech) 3
MHIE1123 Falsafah Ekonomi dan Kewangan Islam 3
MHIE1133 Ekonomi Islam 3
Dakwah dan Komunikasi MHID1143 Komunikasi dan Aplikasi Media Dakwah 3
MHID1153 Kajian Transformasi Dakwah Masa Hadapan 3
MHID1163 Biopsikososio Spiritual Islam 3
Pendidikan Islam MHPI1113 Pembangunan Ekosistem Pendidikan Pengajian Islam 3
MHPI1123 Falsafah Pendidikan Pengajian Islam 3
MHPI2213 Aplikasi Tanzil dalam Pendidikan Islam 3

Struktur Yuran

KEMASUKAN SEMESTER I (OKTOBER)

PERKARA SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER PENDEK JUMLAH
Yuran Pendaftaran 670
Yuran Perkhidmatan 830 830 350 2,010
Yuran Pelajaran 3,910* 3,910* 300** 8,120
Jumlah Per Sesi 5,410 4,740 650 10,800

*Yuran untuk lebih 12 jam kredit perlu mendaftar seperti pelan pengajian bagi program ini
**Yuran pelajaran semester pendek RM75 x 4 Kredit = RM300.00
Kursus bagi semester 3 : Projek Sarjana II (4 kredit)

KEMASUKAN SEMESTER II (MAC)

PERKARA SEMESTER 2 SEMESTER PENDEK SEMESTER 1 JUMLAH
Yuran Pendaftaran 670 670
Yuran Perkhidmatan 830 350 830 2,010
Yuran Pelajaran 3,910* 375** 3,910* 8,195
Jumlah Per Sesi 5,735 725 5,065 10,875

*Yuran untuk lebih 12 jam kredit perlu mendaftar seperti pelan pengajian bagi program ini.
*Yuran pelajaran semester pendek RM75 x 5 kredit =Rm375.00
Kursus bagi semester 3 :Projek Sarjana I (5 kredit)