Sinopsis Kursus
Sarjana Pengajian Islam Mod Kerja Kursus membuka ruang kepada para pelajar untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dengan menawarkan kepelbagaian bidang tujahan yang terdiri daripada bidang Perundangan Islam Kontemporari, Ekonomi Islam, Dakwah dan Komunikasi serta Pendidikan Islam. Struktur program yang dibangunkan secara komprehensit dan merentas pelbagai bidang pengkhususan dalam pengajian Islam bagi melahirkan graduan yang komprehensif serta memenuhi keperluan kerjaya masa kini.
Syarat Kemasukan
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau setara, daripada mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara dengan mendapat PNGK/CGPA sekurang-kurangnya 2.50. Bagi calon dengan PNGK/CGPA kurang daripada 2.50 dan sekurang-kurangnya 2.00, pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang berkaitan akan diambil kira atau ijazah Sarjana Muda dalam bidang selain Pengajian Islam daripada mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Senat Univesiti dengan PNGK/CGPA sekurang-kurangnya 2.50 dan memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh MQA tertakluk kepada penilaian dokumen yang ketat oleh fakulti.
Tempoh Pengajian
- Minimum : 1 tahun (2 semester lazim dan 1 semester pendek)
- Maksimum : 4 tahun (8 semester)
Tempat Penawaran
- Kampus UTM, Johor Bahru
- Kampus UTM, Kuala Lumpur
Kursus Elektif (Pilih dua)
Elektif | Kod Kursus | Nama Kursus | Kredit |
Perundangan Islam Kontemporari | MHIP 1083 | Undang-undang Harta Islam Lanjutan | 3 |
MHIP1093 | Undang-undang Islam Kontemporari Malaysia | 3 | |
MHIP1103 | Fiqh Halal Kepenggunaan | 3 | |
Ekonomi Islam | MHIE1113 | Teknologi Kewangan Islam (Islamic Fintech) | 3 |
MHIE1123 | Falsafah Ekonomi dan Kewangan Islam | 3 | |
MHIE1133 | Ekonomi Islam | 3 | |
Dakwah dan Komunikasi | MHID1143 | Komunikasi dan Aplikasi Media Dakwah | 3 |
MHID1153 | Kajian Transformasi Dakwah Masa Hadapan | 3 | |
MHID1163 | Biopsikososio Spiritual Islam | 3 | |
Pendidikan Islam | MHPI1113 | Pembangunan Ekosistem Pendidikan Pengajian Islam | 3 |
MHPI1123 | Falsafah Pendidikan Pengajian Islam | 3 | |
MHPI2213 | Aplikasi Tanzil dalam Pendidikan Islam | 3 |
Struktur Yuran
KEMASUKAN SEMESTER I (OKTOBER)
PERKARA | SEMESTER 1 | SEMESTER 2 | SEMESTER PENDEK | JUMLAH |
Yuran Pendaftaran | 670 | |||
Yuran Perkhidmatan | 830 | 830 | 350 | 2,010 |
Yuran Pelajaran | 3,910* | 3,910* | 300** | 8,120 |
Jumlah Per Sesi | 5,410 | 4,740 | 650 | 10,800 |
*Yuran untuk lebih 12 jam kredit perlu mendaftar seperti pelan pengajian bagi program ini
**Yuran pelajaran semester pendek RM75 x 4 Kredit = RM300.00
Kursus bagi semester 3 : Projek Sarjana II (4 kredit)
KEMASUKAN SEMESTER II (MAC)
PERKARA | SEMESTER 2 | SEMESTER PENDEK | SEMESTER 1 | JUMLAH |
Yuran Pendaftaran | 670 | 670 | ||
Yuran Perkhidmatan | 830 | 350 | 830 | 2,010 |
Yuran Pelajaran | 3,910* | 375** | 3,910* | 8,195 |
Jumlah Per Sesi | 5,735 | 725 | 5,065 | 10,875 |
*Yuran untuk lebih 12 jam kredit perlu mendaftar seperti pelan pengajian bagi program ini.
*Yuran pelajaran semester pendek RM75 x 5 kredit =Rm375.00
Kursus bagi semester 3 :Projek Sarjana I (5 kredit)