Select Page

BADMINTON (CAMPURAN)

16 – 17 Disember 2022

Syarat Penyertaan

Yuran penyertaan bagi pertandingan Bola Tampar adalah RM200/pasukan.

Setiap peserta akan diberikan e-voucher makanan mengikut hari pertandingan bernilai RM7 setiap orang.

Rujuk gambar di atas untuk cara pembayaran yuran penyertaan. Pastikan maklumat rujukan ditulis dengan jelas, dan simpan slip bukti pembayaran.

Borang penyertaan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Tarikh tutup penyertaan bagi kesemua pertandingan adalah pada 30 November 2022, Rabu jam 5.00 petang.

Semua peserta perlu memastikan kesihatan diri berada dalam keadaan yang baik.

Setiap pasukan hanya boleh menyertai satu (1) jenis pertandingan sahaja.

Bilangan ahli maksimum bagi pasukan Badminton adalah sepuluh (10) orang termasuk pemain simpanan. Peserta badminton adalah campuran iaitu wakil untuk perlawanan individu (single) lelaki, individu (single) wanita, berpasukan (double) lelaki, berpasukan (double) wanita, dan berpasukan campuran (mixed double)

Hanya 12 pasukan terawal yang mendaftar dengan lengkap sahaja akan diterima untuk pertandingan ini.

Setiap pasukan digalakkan untuk mempunyai wakil dari kalangan staf, pelajar dan alumni FSSK namun tidaklah diwajibkan.

Pelajar dibawah PROGRAM YANG SAMA dalam satu pasukan TIDAK boleh melebihi tiga (3) orang.

Borang penyertaan yang telah lengkap diisi dan bukti pembayaran perlu dimuat naik (format .pdf) pada link dibawah.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan akan dikemaskini dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang ini. Semua keputusan yang dibuat oleh JKuasa FSSH Sports Day adalah muktamad. JKuasa FSSH Sports Day juga boleh menambahbaik syarat penyertaan mengikut kesesuaian apabila dirasakan perlu.

TENTATIF PENTANDINGAN BADMINTON

16 Disember 2022, Jumaat

Masa Aktiviti Lokasi
7.30am Pendaftaran peserta

Sports Hall 1

8.00am Sesi memanaskan badan dan senaman ringkas
8.45am Taklimat keselamatan dari urusetia
9.00am Pertandingan peringkat kumpulan
12.00pm Rehat dan Solat
2.00pm Pertandingan peringkat separuh akhir dan akhir
5.00pm Selesai

Jadual Perlawanan Pertandingan Badminton (Campuran)

Syarat Pertandingan

 

Muat Turun Syarat Pertandingan

*KESELURUHAN SYARAT PENYERTAAN, TENTATIF, JADUAL PERLAWANAN DAN SYARAT PERTANDINGAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DARI MASA KE SEMASA BERGANTUNG KEPADA PENGURUSAN JKUASA FSSH SPORTS DAY*

APA TUNGGU LAGI? DAFTAR SEGERA!

  E-VOUCHER MAKANAN BERNILAI RM7 SEORANG TURUT DISEDIAKAN KEPADA SETIAP PESERTA MENGIKUT HARI PERTANDINGAN!

Hadiah Pertandingan Badminton

BADMINTON

Johan
RM300 dan medal

Naib Johan
RM200 dan medal

Hubungi Kami

Salurkan sebarang pertanyan ke emel: jkpkpfssh@utm.my