Select Page

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

 UICI 1012 / ULT 1022

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

 

Sinopsis Kursus

Kursus ini membincangkan ilmu ketamadunan: konsep tamadun, objektif, hubungan dengan agama, budaya dan bangsa, ciri-ciri, kelahiran, perkembangan dan keruntuhan, interaksi, persamaan dan perbezaan antara tamadun; Tamadun Islam, konsep, sumber, asas dan matlamat, pandangan semesta, dan ciri-ciri; Tamadun Melayu, sejarah, Islam di Alam Melayu, warisan pra Islam dan kemunculan pandangan semesta Melayu-Islam, pengaruh tamadun Islam ke atas masyarakat Melayu, kolonialisme dan sekularisme di Alam Melayu, Tamadun Melayu teras pembinaan Tamadun Malaysia; Tamadun Cina: pandangan semesta dan sistem nilai dalam Tamadun Cina, pengaruh Islam di China; Tamadun India: pandangan semesta dan sistem nilai, pengaruh Islam di India; Isu-isu semasa ketamadunan: hegemoni Barat, globalisasi, Islam dan hak asasi manusia, alam sekitar, konsep jihad; dialog peradaban: kepentingan dan tujuan, Langkah dan cadangan membentuk dialog peradaban, isu-isu dialog peradaban, persefahaman antara kaum berasaskan tamadun, dialog antara tamadun (Barat, Islam dan Asia), syarat-syarat dialog: Kesefahaman, menghormati perbezaan, berilmu, menjaga adab-adab berdialog, dan tidak menggunakan pendekatan teologi, pendekatan dialog dalam konsep 1Malaysia.

Muat turun ‘Rancangan Pengajaran‘ di sini.