Select Page

PANDUAN CALON TEMUDUGA

PANDUAN TEMUDUGA PROGRAM PENDIDIKAN

TEMUDUGA BAGI KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2024/2025-1

      1. Tahniah kepada semua calon bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UTM bagi sesi 2024/2025-1.

      2. Semua Calon yang terpilih untuk temuduga dikehendaki muatnaik (upload) dokumen dalam format PDF sebelum atau pada  15 Jun 2024 bagi semua butiran berikut :

         a. Gambar berukuran pasport

         b. Surat Temuduga

         c. Borang Pengesahan Kesihatan (sila muat turun borang ini)

         d. Sijil Kelahiran

         e. Salinan Kad Pengenalan

         f. Salinan Slip SPM

         g. Salinan Slip STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma

         h. Sijil MUET

         i. Borang Maklumat Peribadi (sila muat turun borang ini)

         j. Lain-lain dokumen untuk menyokong permohonan

Semua hasil salinan sijil calon hendaklah mendapat pengesahan daripada Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan A. Cop pegawai hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan/alamat. Tandatangan bagi pihak (b/p) adalah tidak dibenarkan.

Semua dokumen hendaklah dimuatnaik di http://fssh.utm.my/mytemubual/

Username :  Emel berdaftar
Password  :  Nombor Kad Pengenalan

Panduan muatnaik / upload dokumen boleh dilihat di http://fssh.utm.my/mytemubual/dokumen/manual.pdf

      3. Khusus Bagi Calon Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) dengan Kepujian (SHPSH)
Semua Calon yang terpilih untuk temuduga program SHPS diminta membawa pakaian sukan bagi melakukan ujian kecergasan fizikal selepas sesi temubual.
     4. Temubual akan dijalankan secara bersemuka bermula 20-26 Jun 2024. Semakan tarikh Dan masa bagi temubual anda boleh dibuat mulai 1 Jun 2024 bermula jam 10 pagi di http://fssh.utm.my/semakantemubual/
     5.  Jika anda menghadapi sebarang masalah, sila hubungi 017-773 6174 (Pn Norhila). Harap maklum.

 

PERKARA TARIKH BERKAITAN
Tempoh pengesahan temuduga 31 Mei hingga 15 Jun 2024
Penghantaran dokumen 1 hingga 15 Jun 2024

Temuduga secara bersemuka (F2F) akan diadakan di 4 Pusat iaitu UTM Skudai, UTM Kuala Lumpur, Unisza Kuala Terengganu dan UMS di Sabah. Sila rujuk keputusan temuduga , waktu pendaftaran dan waktu temubual.

Jadual Giliran Temuduga boleh dirujuk di sini mulai 1 Jun 2024, jam 10.00 pagi.

20 hingga 26 Jun 2024

 

SENARAI PANDUAN:

 

1. Borang Maklumat Peribadi ISMP

2. Borang Pengesahan Kesihatan

3.Semak Tarikh, Masa dan Tempat Temuduga

4. Join – Pautan Grup Telegram ISMP 2024/2025 ( https://t.me/+_URw7Ev9YxE4N2U1 )