Publication Highlights
Work-Life of Women in Malaysia: Issues & Challenges
by Dr. Rabeatul Husna Binti Abdull Rahman (rabeatulhusna@utm.my)
This edited book consists of 10 chapters focusing on the issues and challenges pertaining to female employees in the Malaysian workforce. The contents are based on empirical studies conducted on female employees in various professions and sectors, in which questionnaire surveys and interviews were used for collecting data. Engineers, executives, nurses, academics, and public servants were among the respondents of these studies.
The findings revealed that Malaysian female employees are facing various challenges which could be the factors that hindered their participation, career progression, and retention in the workforce. The issues and challenges that are raised, presented, and discussed in this volume can be categorized into individual and organizational factors namely, self-esteem, self-efficacy, career advancement, career satisfaction, gender discrimination, organizational work-family support, commitment and retention, work-life balance, work engagement, flexible work, learning transfer, and competence acquisition.
The compilation of these research findings provides insights into the plight of women in the Malaysian workforce. This book will be beneficial for career women, human resource practitioners, and social science researchers. The book is also suitable for general readers who are interested in women’s studies.
Amalan Kepimpinan Berprestasi Tinggi di Malaysia
by Dr. Jamilah Binti Ahmad (jamilah_ahmad@utm.my)
Kepimpinan transformasi merujuk kepada keupayaan pemimpun untuk menggalakkan pengikutnya untuk mengubah nilai dan sikap, supaya mereka mempunyai komitmen untuk mencapai visi dan misi organisasinya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat garis panduan untuk memastikan bahawa pemimpin sekolah yang dilantik mestilah dari kalangan orang yang berpengetahuan, mahir dan kompeten tetapi banyak kajian yang berkaitan mendapati bahawa ada pengetua di Malaysia tidak memenuhi kriteria yang sepatutnya.
Namun begitu, ada juga pengetua yang luar biasa di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang telah membuktikan kepimpinan mereka dengan mengekalkan prestasi sekolah selama beberapa tahun. Oleh itu, ciri-ciri dan amalan pengetua SBT ini perlu dikaji dan digunakan sebagai panduan oleh pemimpin sekolah yang lain untuk mencapai kejayaan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti ciri-ciri dan amalan kepimpinan pengetua SBT dan meneroka strategi yang telah mereka gunakan sehingga membawa kepada kejayaan sekolah.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua SBT mempunyai ciri dan amalan tertentu dalam memimpin organisasi masing-masing. Mereka mempunyai karisma, proaktif dan berakauntabiliti. Sebagai pemimpin, mereka menekankan nilai-nilai dan kepercayaan (agama). Mereka mengamalkan Kepimpinan Transformasi dengan menggunakan strategi seperti menentukan arah, membangunkan manusia, menstruktur organisasi dan menguruskan proses atau program instruksional. Mereka juga mengamalkan pengurusan berprestasi tinggi yang terdiri daripada aspek pengurusan system bekerja, kurikulum, ko-kurikulum, kewangan dan disiplin di sekolah masing-masing.
Di dalam buku ini, satu model amalan kepimpinan berprestasi tinggi telah dicadangkan dan diharap ia boleh dijadikan sebagai panduan untuk membantu pemimpin sekolah di Malaysia berkolaborasi dengan warga sekolah yang lain untuk mencapai kecemerlangan atau status SBT.
Rahsia Berjaya dan Bahagia
by Dr. Jamilah Binti Ahmad (jamilah_ahmad@utm.my)
Buku yang bertajuk “Rahsia Berjaya dan Bahagia” ini mendedahkan tentang tips dan amalan yang boleh digunakan oleh setiap insan yang hidup dimuka bumi ini, yang bercita-cita untuk mendapatkan kejayaan dan bahagia serta mendapatkan ketenangan hati dalm hidup.
Antara topik yang diketengahkan di dalam buku ini adalah tentang menjaga hubunagn dengan Tuhan, mencari ketenangan, mencintai diri sendiri, menjaga hubungan social dan amalan hukum tarikan.
Diharapkan ilmu yang diperolehi daripada senaskah buku ini bukan sahaja memberi kesan kepada diri kita untuk terus hidup di dunia ini dengan jayanya dan bahagia, tetapi juga memberi manfaat kepada semua insan disekeliling kita. Amalan-amalan daripada buku “Rahsia Berjaya dan Bahagia” ini perlulah dibaca dan dipraktikkan.
Dengan izin Allah s.w.t, jika amalan “Rahsia Berjaya dan Bahagia” ini dapat diamalkan secara ikhlas, berterusan dan istiqamah, disertakan dengan usaha dan doa, apa yang dihajati akan dimakbulkan Allah. Jadikan amalan-amalan ini sebagai sebahagian dariapda hidup kita. Semoga kita menjadi jutawan dunia dan akhirat.
Tarik Rezeki dan Bahagia
by Dr. Jamilah Binti Ahmad (jamilah_ahmad@utm.my)
Buku “Tarik Rezeki dan Bahagia” ini mendedahkan tentang tips dan amalan untuk menarik rezeki dan rasa bahagia bagi mereka yang sedang mengalami kesempitan dari segi material dan emosi.
Ada orang yang mempunyai rezeki melimpah ruah tetapi tidak merasa bahagia. Ada yang hidup serba kekurangan materialnya tetapi masih boleh tersenyum dan tertawa. Ada juga orang yang tidak punya apa-apa, baik dari segi material atau rasa tenteram dan bahagia, namun tetap tidak mahu muhasabah diri, malah terus hanyut dengan dunia tanpa pegangan, mengeluh dan selalu menyalahkan takdir Allah. Bagaimanakah untuk menarik rezeki dan merasa bahagia?
Dariapada buku ini, penulis telah berkongsi tips dan amalan yang menyumbang kepada terbukanya pintu-pintu rezeki dan kebahagiaan. Antara tips dan amalan tersebut adalah Amalan Menjaga Hubungan dengan Allah, Amalan Sayangi Diri Sendiri, Amalan Menjaga Hubungan Dengan Manusia, Amalan Hukum Tarikan dan Amalan Hukum Memaafkan Orang lain.
Di dalam setiap topik utama itu, terdapat beberapa sub-topik yang membincangkan bagaimana amalan itu, boleh dilaksanakan. Perkara yang paling penting sekali adalah kita sentiasa berusaha kearah apa yang kita hajati, amalkan semua amalan tersebut dengan ikhlas, istiqomah dan seterusnya, kita hendaklah yakin, positif dan berserah segala-galanya kepada Maha Pencipta, Allah s.w.t.
Jadikan amalan-amalan ini sebagai sebahagian daripada hidup kita. Semoga kita menjadi jutawan dunia dan akhirat.
Pengurusan Diri dan Emosi
by Dr. Jamilah Binti Ahmad (jamilah_ahmad@utm.my)
Buku yang bertajuk “Pengurusan Diri dan Emosi” ini memaparkan antara info dan tip yang boleh digunakan oleh setiap insan yang berusaha untuk menjadi cemerlang dan efektif. Semoga ilmu yang dimiliki dalam mengurus diri dan stres ini mendorong kita memperolehi kejayaan dan kebahagiaan. Seseorang itu perlulah mempunyai ilmu, kemahiran dan atitude atau sikap yang efektif untuk berjaya dalam hidup.
Kejayaan tidak akan hadir tanpa adanya disiplin, usaha, doa dan tawakal. Pengurusan diri dan stres adalah antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan seseorang. Orang yang berjaya sentiasa bijak mengurus diri (jasmani, emosi, rohani dan intelektual), sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia, bijak mengurus emosi, positif, berdisiplin, konsisten dan sentiasa yakin.
Puisi Untuk Nadia
by Dr. Jamilah Binti Ahmad (jamilah_ahmad@utm.my)
SINOPSIS Naskah yang bertajuk “Puisi Untuk Nadia” ini merupakan kompilasi puisi untuk tatapan dan bacaan umum yang berkisarkan cinta, kasih sayang, kehidupan dan kehilangan. Sudah menjadi lumrah hidup manusia, kadangkala kita merasa gembira, bahagia dan kadangkala, kita merasa kecewa dan sedih diatas kehilangan. Walau apa pun yang berlaku dalam kehidupan, selagi kita bernafas di mukabumi ini, kita hendaklah bersyukur kepada Allah di atas nikmat dan pemberiannya, dan kita juga perlu sentiasa redha pada qada’ dan qadar NYA. Diharapkan puisi-puisi yang ternukil di dalam naskah ini dapat menjentik hati pembaca untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah, serta bersemangat dan bangkit diatas apa yang dilalui di dalam kehidupan. Selamat membaca dan semoga semua pembaca sentiasa dirahmati Allah. Insya Allah… Amin Ya Allah Ya Mujib.
Penghayatan Etika dan Peradaban
by Dr. Fadilah Bt. Zaini (fadilahz@utm.my)
Buku ini memperihalkan tentang nilai-nilai etika dan kepentingannya dalam kemajuan peradaban. Tamadun Islam, India, Cina dan Melayu adalah antara tamadun utama dunia yang memperlihatkan bagaimana aspek perlakuan manusia yang membina tamadun yang hebat ini mesti berasaskan kepada kemanusiaan, pandangan, fahaman dan kesedaran yang jelas dan tanggungjawab.
Nilai-nilai asas yang membina peradaban yang hebat seterusnya perlu untuk mewujudkan kesepaduan sosial dalam masyarakat di Malaysia. Buku ini Menerangkan juga tentang Perlembangaan Persekutuan sebagai ‘tiang seri’ dalam membina negara yang berdaulat serta kelangsungan sebuah negara bangsa dalam masyarakat pelbagai etnik.
Dalam menghadapi perubahan budaya akibat daripada perkembangan teknologi komunikasi kontemporari, buku ini memaparkan perlunya penerapan nilai-nilai moral yang utuh bagi menangani nilai-nilai moral yang destruktif. Peranan setiap individu dan organisasi adalah penting dalam melaksanakan tanggungjawab sosial selaras dengan mewujudkan rakyat yang bermasyarakat.
Malah, dalam mengharungi dunia moden ini, ,asyarakat akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang akan menggugat kelestarian etika dan pembangunan peradaban yang bersifat holistik dan seimbang.
Sejarah Awal Pentadbiran Agama Islam di Johor
by Dr. Fadilah Bt. Zaini (fadilahz@utm.my)
Buku ini membicarakan tentang sejarah pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor, Pejabat Mufti dan Pejabat Kadi Besar semasa dibawah penjajahan British dan Jepun sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sejarah pentadbiran Jabatan Agama Johor dibincangkan dengan terperinci dalam konteks pengurusan haji, Pendidikan agama, pelantikan pegawai, pengurusan tanah wakaf, undang-undang pengawal tingkah laku masyarakat Islam serta menyebarkan dakwah Islamiyah. Buku ini juga menjelaskan tentang peranan pentadbiran Pejabat Mufti dan pejabat Kadi Besar yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal nikah, cerai dan rujuk, pentadbiran masjid, pengurusan zakat, pejabat kadi daerah dan pentadbiran Mahkamah Syariah. Perbincangan juga meliputi fungsi Majlis Agama Islam Johor dan perundangan Islam yang dibawa dari Mesir dan Turki. Selain itu, buku ini juga membincangkan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Agamma Islam Johor dalam membantu negeri-negeri lain di Tanah Melayu dan negara Brunei Darussalam bagi memperkasakan pentadbiran agama Islam di negeri masing-masing. Malah, kehadiran penjajah British telah memberi pelbagai implikasi dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Jabatan Agama Islam Johor serta perundangan Islam dalam menyusun atur sistem pentadbiran Islam di Johor.
Mengatasi Fobia Matematik
by Dr. Mohd Rustam b. Mohd Rameli (mrustam2@utm.my)
Buku ini cuba mengubah persepsi pelajar yang menganggap subjek matematik susah untuk dipelajari. Penulis cuba menyelesaikan masalah ini dengan membuat kajian serta analisis dan turut memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah ini dari perspektif psikologi. Buku ini secara tidak langsung boleh memberikan motivasi kepada kepalajar untuk meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Matematik. Kandungan buku yang beinformatif dan berilustratif serta usaha yang dilakukan bagi memastikan penulisan lengkap serta mudah difahami dilaksanakan dengan seteliti mungkin. Buku ini memberikan pendedahan secara ringkas, mudah dan senang difahami walaupun subjek Matematik adalah rumit, kurang menarik dan membosankan.