SUKAN ANEKA RAGAM DAN TARIK TALI
16 – 17 Disember 2022
Syarat Penyertaan
Yuran penyertaan bagi Sukan Aneka Ragam dan pertandingan Tarik Tali adalah percuma.
Pasukan Tarik Tali terhad kepada 8 pasukan sahaja, manakala pasukan Sukan Aneka Ragam terhad kepada 12 pasukan sahaja.
Borang penyertaan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Tarikh tutup penyertaan bagi kesemua pertandingan adalah pada 7 November 2022, Rabu jam 5.00 petang.
Maklumat lanjut mengenai pertandingan akan dikemaskini dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang ini. Semua keputusan yang dibuat oleh JKuasa FSSH Sports Day adalah muktamad. JKuasa FSSH Sports Day juga boleh menambahbaik syarat penyertaan mengikut kesesuaian apabila dirasakan perlu.
Semua peserta perlu memastikan kesihatan diri berada dalam keadaan yang baik.
Setiap pasukan bebas memilih untuk menyertai sama ada hanya satu sukan atau kedua-duanya sekali.
Bilangan ahli maksimum adalah seramai lapan (8) orang bagi pertandingan tarik tali dan empat (4) orang bagi sukan aneka ragam.
Setiap pasukan AMAT DIGALAKKAN untuk mempunyai wakil pelajar dari program yang berbeza dan disarankan untuk mempunyai imbangan pelajar lelaki dan perempuan sama.
Borang penyertaan yang telah lengkap diisi perlu dimuat naik (format .pdf) pada link dibawah.
TENTATIF SUKAN ANEKA RAGAM DAN TARIK TALI
17 Disember 2022, Sabtu | ||
Masa | Aktiviti | Lokasi |
8.00 am | Taklimat keselamatan oleh urusetia |
Stadium Azman Hashim, UTM |
8.15 am | Ucapan Perasmian Penutup | |
8.30 am | Sukan Aneka Ragam | |
10.00 am | Pertandingan tarik tali | |
11.30 am | Majlis Penyampaian Hadiah | |
12.00 pm | Selesai |
Syarat Pertandingan
*AKAN DIKEMASKINI*
*KESELURUHAN SYARAT PENYERTAAN, TENTATIF, JADUAL PERLAWANAN DAN SYARAT PERTANDINGAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DARI MASA KE SEMASA BERGANTUNG KEPADA PENGURUSAN JKUASA FSSH SPORTS DAY*
APA TUNGGU LAGI? DAFTAR SEGERA!
Hubungi Kami
Salurkan sebarang pertanyan ke emel: jkpkpfssh@utm.my