Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan menganjurkan Program Kembara STEM pada 10 Oktober 2018 di UTM Skudai.
Tujuan utama mengadakan program ini adalah untuk membantu mengukuhkan minat pelajar terhadap STEM selaras dengan falsafah pendidikan negara untuk mencapai hasrat 60:40 bidang sains berbanding sastera (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2015-2025).
Program Kembara STEM ini adalah sebuah program berbentuk pertandingan eksplorasi melibatkan 5 perhentian iaitu Young Botanist, Journey to Galaxy, Hot Air Baloon, Catapult, dan Baymax. Pertandingan akan melibatkan empat orang pelajar dalam satu kumpulan dan kumpulan yang berjaya memperolehi markah tertinggi akan menerima hadiah. Sebanyak 21 buah sekolah akan terlibat dalam program ini nanti.
Nantikan lebih perkongsian di sini. Jumpa nanti!