Select Page

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSH), ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima dalam program FSSHeart Talent Convention 2021 yang telah berlangsung pada 12- 30 September 2021. Semoga dengan penganugerahan ini memberi semangat dan motivasi kepada semua pemenang dan calon-calon untuk terus proaktif dalam program-program fakulti yang dirancang pada masa hadapan.

Ucapan terima kasih juga kepada semua yang tercalon dalam Anugerah yang telah memberi sokongan dalam menjayakan program ini. Sokongan yang diberikan ini amat dihargai dan semoga kita terus bersama-sama menjayakan program-program fakulti di peringkat yang lebih tinggi.

#dnafssh
#fssheart2021
#fsshearttalentconvention2021