Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS-UTM) akan menganjurkan satu seminar kebangsaan yang bertemakan “Memupuk Adab Membina Peradaban Unggul” diikuti dengan majlis pelancaran karya pengiktirafan Syed Muhammad Naquib al-Attas bertajuk Adab dan Peradaban, terbitan MPH.

Majlis ini membuka peluang untuk masyarakat Malaysia khususnya generasi muda mengenal dan menghayati pemikiran dan sumbangan Prof. Dr. al-Attas, salah seorang tokoh ilmuan yang terkemuka di tanah air dan dunia Islam amnya. Beliau dii’tiraf sebagai sarjana ulung dan pemikir Muslim yang telah memberikan sumbangan besar dalam pemikiran dan pendidikan Islam masani. Idea dan pandangan beliau sering menjadi rujukan bukan saja oleh golongan mahasiswa tetapi juga oleh sebahagian besar para pakar dan cendekiawan pada hari ini.

Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, Pengarah CASIS, akan menyampaikan ucaptama, dan seterusnya diikuti perbincangan oleh 6 ahli panel yang diwakili oleh tokoh-tokoh akademik dan wakil pemimpin pelajar.

Majlis pelancaran karya ini akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, YB Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi dan diakhiri oleh ucapan penghargaan oleh wakil Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas iaitu Datuk Dr Syed Ali Tawfik al-Attas.

Majlis ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 16 Februari 2013, jam 9.00AM—1.00PM, bertempat di Ballroom A, Renaissance Hotel, Kuala Lumpur.

MASUK PERCUMA. TEMPAT ADALAH TERHAD.

Silakan mendaftar di laman web www.adabperadaban.com


Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Sharifah Hajar: +60102212703  [hajar.almahdaly@gmail.com]
Mohd Husni Mohd Amin: +60172045775  [husni.n7@gmail.com]
Syafiq Borhannuddin: +60193488050