Terdapat lebih daripada 60 perkataan berkaitan sungai disebutkan dalam Qur’an. Ada sungai disebutkan secara hakiki, ada sungai yang disebutkan secara majazi. Ada juga sungai yang disebutkan berlapis, seperti “syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai”.

Merujuk kepada kenyataan di atas, suatu wacana yang bertajuk Mengalir dari Syurga: Tafsir Maudu‘i Sungai akan diadakan. Wacana ini bertujuan memahami intipati ajaran Islam mengenai sungai dan pelestariannya dalam Qur’an yang boleh membantu masyarakat Islam khususnya dan umum menjaga sungai dan mengindahkannya.

Semua diundang hadir ke wacana yang membincangkan perihal sungai seperti yang disebutkan, sebagaimana ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 14 September 2026 (Isnin)

⏰ Masa: 8:30 pagi – 12:30 tengah hari

📍 Tempat: Dewan Seminar, Anjung Menara Razak, UTM Kuala Lumpur

Wacana ini akan disampaikan oleh dua tokoh dalam bidang agama dan kejuruteraan air, iaitu Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Mohd Yusoff dan Prof. Emeritus Dr. Zaini Ujang.

Pendekatan yang dibawa oleh dua tokoh ini ialah melalui tafsiran bertema ayat berkaitan sungai dalam Qur’an. Melalui wacana ini, peserta akan dibawa menelusuri makna dan tafsir ayat berkaitan sungai dalam Qur’an dan cara menghargai dan mengamalkan kelestarian sungai di sekitar kita.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku dan hadir, mohon daftarkan diri anda di pautan ini:

https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdtVPsXQgA…/viewform…

Segala pembelian buku akan disumbangkan ke Tabung Endowmen RZS-CASIS

UTM Open Day