ASSALAMMUALAIKUM WRT. WBT. DAN SALAM SEJAHTERA..

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah melantik YBhg. Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Raof, Dekan Akademi Bahasa sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Dekan Bahasa Universiti Awam selama tempoh beliau berkhidmat sebagai Dekan.

Bagi pihak Pengurusan dan warga Akademi Bahasa ingin mengucapkan TAHNIAH atas pelantikan ini dan berharap YBhg. Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Raof dapat menjalankan tanggungjawab dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

 Berkhidmat untuk Negara kerana Allah 

Daripada:

PIHAK PENGURUSAN DAN WARGA AKADEMI BAHASA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA