ASSALAMMUALAIKUM WRT. WBT. DAN SALAM SEJAHTERA..

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi telah melantik Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Raof dan Prof. Madya Fatimah binti Puteh sebagai Ahli Jawatankuasa Pembangunan Kerangka Penilaian Bahasa Inggeris Universiti Awam selama tempoh 2 tahun mulai 23 Ogos 2017 sehingga 22 Ogos 2019.  Lantikan ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi dalam melahirkan graduan yang holistik serta inisiatif peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Universiti Awam.

Bagi pihak Pengurusan dan warga Akademi Bahasa ingin mengucapkan TAHNIAH atas pelantikan ini dan diharapkan saudara dapat menyumbang idea serta tenaga dengan penuh dedikasi untuk memperkasakan Akademi Bahasa dan Universiti.

Sekian, terima kasih.
” Berkhidmat untuk Negara kerana Allah “

PIHAK PENGURUSAN DAN WARGA AKADEMI BAHASA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA