SELAMAT BERTUGAS DI PEJABAT BAHARU

Bagi pihak Pengurusan dan seluruh warga Akademi Bahasa mengucapkan  setinggi penghargaan dan terima kasih serta selamat bertugas di tempat baharu di Pejabat Pendaftar, UTM Johor Bahru berkuatkuasa mulai 19 September 2016 kepada:

ibrahimy-phpTUAN HAJI IBRAHIM BIN YUNUS, PENOLONG PENDAFTAR KANAN

AKADEMI BAHASA, UTM JOHOR BAHRU (2012-2016)

Pada kesempatan ini, kami mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang cemerlang dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada Akademi ini.

Kami juga memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh perkhidmatan di Akademi Bahasa mungkin terdapat kesilapan yang tidak disengajakan atau pun tidak disengajakan serta minta dihalalkan makan minum.

Hanya Allah subhanawata’ala sahaja yang mendapat membalas segala budi dan bakti untuk bersama berganding bahu memajukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) amnya dan khususnya Akademi Bahasa.

Sekian, terima kasih.