YBhg. Tan Sri/Datuk/Datuk Seri/Puan Sri/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Sr./Ar./saudara
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Kementerian
Tinggi akan mengadakan Sesi Dialog Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi Bersama Wakil IPT dan Industri Zon Selatan seperti butiran berikut :
Tarikh : 5 Februari 2018 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru
Sebagai makluman objektif utama bagi program ini adalah untuk meningkatkan kerjasama Institut Pengajian Tinggi dan Industri bagi mewujudkan pembangunan modal insan yang seimbang sejajar dengan keperluan pembangunan negara dari segi ekonomi, sosial dan infrastruktur. Pada masa yang sama ianya dapat membantu melahirkan kepimpinan masa hadapan yang memenuhi keperluan global dan beridentiti tempatan.