SELAMAT DATANG & BERTUGAS DI AKADEMI BAHASA
Bagi pihak Pengurusan dan seluruh warga Akademi Bahasa mengucapkan SELAMAT DATANG DAN BERTUGAS di Akademi Bahasa, UTM Johor Bahru berkuatkuasa mulai 19 September 2016 kepada:
PUAN SYAHIDA FADILLA BINTI MOKTAR, PENOLONG PENDAFTAR
Untuk makluman, sebelum ini beliau pernah berkhidmat di Fakulti Tamadun Islam (Pengurusan Akademik) dan Pejabat Pendaftar (Bahagian Pengurusan Organisasi) UTM Johor Bahru.
Semoga dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kerjasama serta komitmen yang tinggi ia dapat membantu untuk memajukan lagi akademi ini selaras dengan misi dan visi Akademi Bahasa dan UTM. InshaAllah.
Sekian, terima kasih.