RASMI

اِنَّا لِلَّهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
(Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
(Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia dan maafkanlah kesalahannya)

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang staf akademik di Akademi Bahasa , Puan Norzarina binti Sulong (Pensyarah Kanan), telah kembali ke Rahmatullah pada Rabu, 16.05.2018 di Hospital Selayang akibat barah hati. Jenazah akan disemadikan di tempat kelahiran beliau di Seremban.

Seluruh warga UTM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga staf dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah…

Pihak pengurusan yang diketuai oleh PM Dr Abdul Halim Dekan AB telah pergi melawat keluarga arwah di Seremban di 8, Jalan Tuan Haji Said, Kampung Tekir, 70100 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia). Jenazah arwah disempurnakan di masjid Bkt Damansara Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, sumbangan khairat dari pihak Universiti telah disampaikan ketika ziarah tersebut.

Terima kasih