PROGRAM PEMBIAYAAN ‘DAPUR RAMADAN’ 1439H/2018M

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada tahun ini, bersempena bulan Ramadan yang mulia ini pihak Akademi Bahasa telah terlibat untuk menyokong program ini dengan mengumpulkan sumbangan dari semua staf sebanyak RM6,000.00 bagi membiayai satu sesi berbuka puasa bagi 1,500 orang jemaah yang berbuka puasa setiap hari di Masjid Sultan Ismail UTM. Pada 8 Jun 2018 (bersamaan 23 Ramadan 1439H) telah berlangsung program tersebut dengan jayanya seperti berikut :

8.00 pagi – 11 pagi – Program Gotong Royong membantu menyediakan keperluan memasak (membasuh ayam@daging, memotong bawang, memotong sayur, memasak nasi dan sebagainya. Urusan memasak sepenuhnya adalah dibawah tanggungjawab Pusat Islam UTM sendiri.

6.45 petang – Bacaan tahlil dan doa selamat bagi staf AB di ruang berbuka puasa MSI

7.08 malam – Berbuka puasa beramai-ramai bersama pelajar dan staf

Semoga kita semua beroleh keberkatan dalam bulan Ramadan yang mulia ini.