Semua Staf / Pelajar / Kontraktor
Akademi Bahasa
Universiti Teknologi Malaysia

YBhg. Prof./Prof. Madya /Dr./Saudara,

PROGRAM HARI PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE) AKADEMI BAHASA 2017

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa pihak Akademi Bahasa UTM akan mengadakan seperti butiran berikut:

Nama Program: Program Hari Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) 2017
Tarikh: 6 Disember 2017 (Rabu)
Tempat: Bilik Seminar 2, Blok D06, UTM Johor Bahru.
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Sasaran: Staf & Pelajar Akademi Bahasa, dan Kontraktor Akademi Bahasa

Kehadiran akan direkodkan dalam pengiraan CPD.

Keperihatinan dan kerjasama pihak YBhg. Prof./Prof. Madya /Dr./saudara bagi menyokong program yang dianjurkan oleh pihak Akademi Bahasa amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE)
Jawatankuasa Pelan Tindakan Kecemasan (ERT)
Jawatankuasa Pelaksana Hari Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2017
Akademi Bahasa UTM Johor Bahru