YBhg Prof./Prof. Madya/Dr./ Saudara,

Izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa Akademi Bahasa, UTM Johor Bahru sekali lagi akan menjalankan Program Gotong Royong Peringkat Akademi Bahasa UTM Johor Bahru pada Rabu, 5 Julai 2017 mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari iaitu selepas Program Gaya Hidup Sihat.

Tujuan program adalah untuk:
i. mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, kemas, kondusif dan selamat
ii. memperkukuh ukhwah dan kerjasama di kalangan staf

​​Lokasi: Luar bangunan blok D05 dan D06 di kawasan medan meletak kenderaan staf.

Program dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
Kumpulan Blok D05 – Ketua:  Encik Baharudin Mastari
Ahli: Semua penghuni blok D05
Kumpulan  Blok D06 – Ketua:  Encik Ghazali Bunari
Ahli: Semua penghuni blok D06

Pakaian Untuk Gotong Royong:  Pakaian Kasual / Sukan

Peralatan Gotong-Royong
Staf adalah digalakkan untuk bawa bersama peralatan pembersihan seperti sarung tangan, penyapu, pencakar sampah, pongkes, kereta sorong ataupun cangkul untuk kegunaan sendiri disebabkan peralatan adalah terhad.

Sebahagian peralatan boleh diambil di Pejabat Am D05. Sila kembalikan setelah digunakan.

Penyelaras Peralatan Gotong-Royong: Encik Mohd Redhuwan Awang

Minuman dan makanan ringan disediakan.

Keperihatinan dan kerjasama YBhg Prof./Prof. Madya/Dr./saudara menjayakan program ini amat dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih.

​Sekian.