PEKELILING PENTADBIRAN BIL. 22/2014
PEno smoking zoneNGUATKUASAAN KAWASAN BEBAS ASAP ROKOK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Dalam menjalankan kuasa di bawah subperenggan 4(1)(v), Perlembagaan Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) menguatkuasakan peraturan Kawasan Bebas Asap Rokok
selaras dengan pematuhan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang telah diwartakan pada 23 September 2004 (P.U. (A) 324/2004).

Merokok hendaklah ditafsirkan sebagai perbuatan menyedut dan menghembus atau
mengeluarkan asap dari apa-apa hasil tembakau seperti rokok, paip, sisha, cerut, rokok
daun dan/atau apa-apa pengganti tembakau seperti rokok elektronik dalam apa jua bentuk
yang boleh digunakan dengan serta-merta untuk tujuan merokok dan termasuklah
memegang atau mempunyai kawalan ke atas apa-apa hasil tembakau yang bernyala di
dalam mana-mana kawasan kampus oleh staf, pelajar atau pelawat Universiti.  Selanjutnya…Klik di sini