YBhg. Prof./Saudara,


Sukacitanya, seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijemput untuk hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan (Februari) bersama YBhg. Datuk Naib Canselor padaSelasa, 13 Februari 2018.

Dimaklumkan, mana-mana Fakulti/Bahagian/Persatuan yang berhasrat untuk menyertai slot (perasmian, pelancaran, penghargaan atau yang bersesuaian) di dalam perhimpunan bulanan ini perlulah memaklumkan kepada pihak urusetia (Pejabat Hal Ehwal Korporat) selewat-lewatnya 5 hari sebelum majlis berlangsung. Hanya slot yang bersesuaian sahaja yang akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam majlis.

Bagi permohonan slot,  sila e-melkan permohonan bersama maklumat berkaitan kepada En Mohd Faizal Abd Jalal (faizaljalal@utm.my).

Bagi sebarang pemakluman (dalam bentuk slaid), mohon e-melkan bahan dan keterangan (dalam 1-2 slaid) kepada En Ahmad Hilman bin Borhan (ahilman@utm.my) untuk dipertimbangkan bagi dimasukkan ke dalam slaid YBhg Datuk Naib Canselor.

Perincian Perhimpunan Bulanan (Februari) adalah seperti berikut:
Tarikh : 13 Februari 2018 (Selasa).
Masa : 8.15 pagi
Tempat :

i. Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur.

 
[LINTAS LANGSUNG]

ii. Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru 
iii. UTM Kampus Pagoh.

Pakaian:
– Pakaian korporat.

Atur cara:
7.45 pagi : Staf mengambil tempat
8.15 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Naib Canselor
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Pembentangan oleh YBhg. Datuk Naib Canselor

: Slot Pelancaran/ Penghargaan Khas (jika berkaitan)
: Penyampaian sijil kenaikan pangkat, dll (UTM KL & UTM JB)
: Lagu Keunggulan Terbilang
: Bersurai

Segala sokongan dan komitmen YBhg. Prof/Saudara untuk hadir amatlah dihargai.

Sekian dimaklumkan.