RASMI
PERINGATAN MESRA

Semua Staf
Akademi Bahasa
UTM Johor Bahru

YBhg./YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Saudara,

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa Akademi Bahasa UTM akan mengadakan Mesyuarat Fakulti bagi Semester I Sesi 2017/2018 yang akan dihadiri oleh semua staf Akademi Bahasa, UTM Johor Bahru dan staf Akademi Bahasa, UTM Kuala Lumpur seperti butiran berikut:

Tarikh: 31 Oktober 2017 (Selasa)
Masa: 2.15 Petang – 4.30 petang
Tempat:

UTM Johor Bahru
Dewan Seminar, Aras 4, CICT UTM Johor Bahru

UTM Kuala Lumpur – Secara Teleconferencing
Bilik Mesyuarat Canseleri, aras 17, Menara Razak UTM Kuala Lumpur

Agenda mesyuarat:
2.15 – 2.30 Petang – Ucapan Dekan
2.30 – 2.40 Petang – Meluluskan minit mesyuarat fakulti yang lalu
2.40 – 3.00 Petang – Perkara-perkara berbangkit
3.00 – 3.10 Petang – Taklimat LSP – GABC
3.10 – 3.20 Petang – Teambuilding & Annual Dinner
3.20 – 3.40 Petang – Pembentangan cadangan usul
3.40 – 4.20 Petang – Hal-hal lain
4.20 – 4.30 Petang – Penutup
4.30 Petang – Kudapan

Staf boleh memuat turun laporan ringkas mengenai pentadbiran, akademik, penyelidikan & penerbitan, program berbayar, kewangan, SOWEL & LAFC dan MyLinE yang akan dimuatnaik di dalam Sistem Mesyuarat (http://mesyuarat.utm.my/MesyuaratAkademiBahasa/) dan Google Drive (https://drive.google.com/drive/u/0/folders/0B82FOH2Amfe4UElqQXdKaUR1UDQ) (Folder Laporan Mesyuarat Fakulti 2017) mulai 25 Oktober 2017.

Untuk pembentangan usul, stat dikehendaki mengisi Borang Cadangan Usul seperti di dalam Lampiran dan hantarkan kepada saya pada 30 Oktober 2017 sebelum jam 1.00 petang.. Pemberi usul adalah diminta hadir untuk pembentangan cadangan usul semasa mesyuarat.

Sehubungan dengan itu, YBhg./YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./saudara adalah dijemput hadir ke mesyuarat. Kehadiran akan direkodkan.

Bagi pihak Pengurusan Akademi Bahasa, kami mengucapkan terima kasih atas kehadiran YBhg./YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr/saudara ke mesyuarat ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH”