Dimaklumkan bahawa Panel Audit Anugerah Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 2017 @ Anugerah OSHE 2017 telahmembuat lawatan tapak ke Akademi Bahasa UTM Johor Bahru seperti butiran berikut:
Tarikh: 19 Februari 2018 (Isnin)
Masa: 9.45 – 11.45 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Eksekutif & Bangunan Akademi Bahasa Blok D05 & D06
Pada tahun 2017, prestasi pengurusan OSHE Akademi Bahasa menunjukkan prestasi dan amalan yang memberangsangkan, di mana tiada terdapat laporan ketidakpatuhan (Non-conformance Report (NCR)) yang diberikan oleh Panel Anugerah AKKP 2016 dan hanya 10 peluang untuk penambahbaikan (Opportunity for Improvement (OFI)).
Sehubungan dengan itu, semua staf adalah diminta untuk memberikan kerjasama untuk memastikan persekitaran ruang pejabat, bilik kuliah, makmal bahasa digital, bilik tandas dan ruang serta laluan umum adalah dalam keadaaan selamat dan mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA).
Keperihatinan dan kerjasama pihak YBrs. Prof./Prof.Madya/Dr./saudara mengenai perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Yang benar,
BAHARUDIN BIN MASTARI
Timbalan Pendaftar
b.p. Dekan