KUNJUNGAN DEKAN KE FBK UNISZA

KUNJUNGAN DEKAN KE FBK UniSZA

Pihak Pengurusan Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah menerima kunjungan daripada Dekan Akademi Bahasa, Universiti Teknologi Malaysia, iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Raof pada 14 Ogos 2016.

Dalam kunjungan tersebut, satu perbincangan diadakan yang memfokuskan kepada kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penyeliaan siswazah, penyelidikan, penerbitan, aktiviti pelajar dan penganjuran seminar.

Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Siswazah) FBK, Dr. Zulazhan Ab. Halim. Semua perkara yang telah dipersetujui akan disusuli dengan tindakan oleh kedua-dua pihak.