Bannerutmonline_DermaDarah

Semua Staf/Pelajar
UTM Johor Bahru

Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Puan Seri/Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Ir./Sr./Ar./Dr./Saudara,

PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA BULAN PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE) AKADEMI BAHASA 2015

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di  atas.

Dimaklumkan bahawa Akademi Bahasa (AB) akan mengadakan Program Bulan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) 2015 Akademi Bahasa pada November 2015.  Pihak Jawatankuasa OSHE dan ERT AB telah merancang beberapa program setiap Khamis sepanjang bulan November 2015 termasuklah Program Derma Darah dengan kerjasama Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Untuk menjayakan Program Derma Darah, pihak Hospital Sultan Ismail memerlukan sekurang-kurang 40 orang penderma darah untuk memenuhi Standard Operating Procedure (SOP).

Maklumat Program Derma Darah adalah seperti butiran berikut:

Tarikh :  khamis, 19 November 2015
Tempat:  Bilik Seminar 2, Aras 2, Blok D06 Akademi Bahasa UTM Johor Bahru
Masa :   9.00 pagi – 1.00 petang

Sehubungan itu, Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Puan Seri/Datuk/Datin/Prof./ Prof. Madya/Ir./Sr./Ar./Dr./saudara yang berhasrat untuk menderma darah adalah dipohon untuk melengkapkan Borang Bersetujuan Menderma Darah seperti di Lampiran 1. Sila emelkan persetujuan kepada urusetia: brbaha@utm.my (31811) / nurfarha.sa@utm.my (31817) / munirah@utm.my (33139) sebelum atau pada 16 November 2015.

Program Bulan OSHE AB 2015 yang dianjurkan merupakan program kerjasama di antara Akademi Bahasa dengan Unit OSHE, Bahagian Keselamatan, Pejabat Harta Bina dan Pusat Kesihatan Mahasiswa UTM dan Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

Keperihatinan dan kerjasama Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Puan Seri/Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Ir./Sr./Ar./Dr./Saudara bagi menjayakan program tersebut amat dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian.