Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Doa Selamat dan meraikan En Baharudin Mastari dan Pn Haliza Jaafar, bakal Haji dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan doa dan tazkirah yang dipimpin oleh Ustaz Panji Alam sebelum ucapan daripada  yang diraikan. Majlis telah diakhiri dengan sedikit jamuan yang disediakan untuk kedua bakal haji bersama staf yang hadir. Pihak fakulti mendoakan agar urusan haji mereka dipermudahkan dan beroleh haji yang mabrur.