UTM’s 53rd Convocation Ceremony will witness Language Academy’s very first graduate in the field of Language for Professional Communication. Language Academy’s Masters and Doctor of Philosophy (PhD.) programs were first offered in September 2011 soon after its formation in June 2010. Language Academy’s graduate, Ms Rohani Embong carried out her master’s research investigating the work of Malaysia’s internationally acclaimed Cartoonist Datuk Mohamad Nor Khalid or better known as Lat in her thesis entitled “Linguistic and Visual Representations of a Political Figure in Editorial Cartoons”.
It is Language Academy’s aspiration to continue producing graduates who will contribute and bring about significant impact on current professional and communication practices in the future.
Pada Majlis Konvokesyen UTM yang ke 53 ini, Akademi Bahasa melakar sejarah dengan melahirkan graduan sulung pengajian sarjana secara penyelidikan dalam bidang Bahasa untuk Komunikasi Profesional Akademi Bahasa mula menawarkan program penyelidikan di peringkat sarjana dan doktor falsafah pada September 2011 sejurus penubuhannya pada Jun 2010.
Graduan sulung Akademi Bahasa, Cik Rohani Embong telah mengkaji hasil kerja kartunis ulung Malaysia Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali dengan nama “Lat” dalam tesis beliau bertajuk “ Linguistic and Visual Representations of a Political Figure in Editorial Cartoons”. Harapan Akademi Bahasa di masa akan datang adalah melahirkan lebih ramai graduan yang berupaya memberi sumbangan dan impak yang signifikan dalam komunikasi dan amalan professional.