السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Sejahtera,

Program Gotong Royong Perdana peringkat Universiti dan Akademi Bahasa akan diadakan pada Khamis, 22 Mac 2018 mulai jam 9.00 pagi hingga 12.30 t/hari dengan bertemakan “ATTACK ON AEDES” . Bagi staf yang mempunyai kuliah pada masa tersebut, kuliah perlu berjalan seperti biasa. Walaubagaimanapun, kehadiran selepas tamat kuliah amatlah dialu-alukan.

Tujuan program adalah untuk:

i. mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, kemas, kondusif dan selamat daripada nyamuk aedes

ii. memperkukuh ukhwah dan kerjasama di kalangan staf

​​Lokasi: Luar bangunan blok D05 dan D06 di kawasan medan meletak kenderaan staf.

Program dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:

Kumpulan Blok D05 – Ketua: Encik S.Syed Alwi bin Suleiman

Ahli: Semua penghuni blok D05

Kumpulan Blok D06 – Ketua: Encik Muhammad Farid bin Hairuzaman

Ahli: Semua penghuni blok D06

Pakaian Untuk Gotong Royong: Pakaian Kasual / Sukan

Peralatan Gotong-Royong

Staf adalah digalakkan untuk bawa bersama peralatan pembersihan seperti sarung tangan, penyapu, pencakar sampah, pongkes, kereta sorong ataupun cangkul untuk kegunaan sendiri disebabkan peralatan adalah terhad.

Sebahagian peralatan boleh diambil di Pejabat Am D05. Sila kembalikan setelah digunakan.

Penyelaras Peralatan Gotong-Royong: Encik Muhammad Harfanizam bin Harun

Aturcara & Agihan kumpulan adalah disertakan

Minuman dan makanan ringan disediakan.

Keperihatinan dan kerjasama YBhg Prof./Prof. Madya/Dr./saudara menjayakan program ini amat dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih.