Tahniah dan syabas diucapkan kepada Akademi Bahasa di atas pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan Daerah Johor Bahru, Kementerian Pendidikan Malaysia di atas sumbangan dan kerjasama fakulti sebagai rakan strategik komuniti dalam menjayakan program-program pendidikan . Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid. Akademi Bahasa dihadiri oleh Dekan, Prof Madya Dr Abdul Halim  dan disertai oleh Saudara Kumaraguru selaku pencetus initiatif program Bahasa Jepun.