Sukacitanya, seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijemput untuk hadir ke Majlis Perutusan Tahun Baharu 2018 bersama YBhg. Datuk Naib Canselor yang akan diadakan pada 22 Januari 2018 (Isnin) di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.

 

Buku Perutusan Tahun Baharu Naib Canselor akan dijual di lokasi majlis dan akan dijual pada harga diskaun RM40/set (buku dan playbook) – harga asal RM45. Mohon untuk menyediakan wang secukupnya.
Perincian Majlis Perutusan Tahun Baharu 2018 adalah seperti berikut:
Tarikh : 22 Januari 2018 (Isnin)
Masa : 8.15 pagi
Tempat :

i. Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. 

[LINTAS LANGSUNG]

ii. Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur

iii. UTM Kampus Pagoh.
 
Pakaian:
– Pakaian korporat.
 

Atur cara:
7.50 pagi : Staf mengambil tempat
8.15 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Naib Canselor
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Tayangan video pencapaian UTM 2017
: Pelancaran Buku Amanat Tahun Baharu 2018
: Perutusan Tahun Baharu oleh YBhg. Datuk Naib Canselor
: Penyerahan replika cek ke Dana Endowmen & Wakaf
: Penyerahan sijil kepada penerima Biasiswa Endowmen

: Lagu Keunggulan Terbilang
: Bersurai

Segala sokongan dan komitmen YBhg. Prof/Saudara untuk hadir amatlah dihargai.

Sekian dimaklumkan.​​​​

​​