Wacana “Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA): A Challenge to State Sovereignty”

Perjanjian Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasifik (Trans Pacific Partnership Agreement, TPPA) merupakan satu inisiatif yang melibatkan dua belas buah negara iaitu Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Vietnam dan Jepun. Sehingga 2012, sebanyak 15 pusingan rundingan telah dilakukan di pelbagai negara dan dijadualkan dimuktamadkan pada Oktober 2013. Perjanjian ini akan melibatkan industri kecil dan sederhana (SME), perubatan, penyelidikan dan pendidikan, alam sekitar, perundangan, tenaga buruh, pertanian, industri halal, ICT serta kesan kepada seluruh komuniti perniagaan negara. Halatuju perjanjian TPPA ini boleh menyumbang kepada deregulasi undang-undang dan dasar-dasar yang memelihara kepentingan dan keutamaan kepada kedaulatan ekonomi negara.

Pusat Kajian Tinggi Islam,Sains dan Peradaban (CASIS) sebagai sebuah badan yang amat prihatin dengan perkembangan dan juga cabaran yang sedang dialami oleh para usahawan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu sesi Wacana berkenaan cabaran ini dengan kerjasama daripada Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM

Semua dijemput hadir (tempat terhad,hanya ada 100 tempat) program wacana ini pada

Tarikh: 24hb Julai 2013 (rabu)

Masa: 2-3.30pm

Tempat: Dewan Seminar, Menara Razak , UTM KL

Pembentang: Encik Mohd Nizam Mashar dari Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

Wacana TPPA