Kursus Kepimpinan Global anjuran INSTITUT ANTARABANGSA LATIHAN KEGURUAN MARA (IALKM) bersama 50 guru-guru MRSM seluruh Malaysia yang bakal memegang tanggungjawab mengelolakan projek MARA bersama pelajar MRSM telah diadakan selama tiga hari dua malam di Impian Hotel, Morib pada 21-23 hb Mei 2013. FORBIS mengaturkan kerjasama antara pensyarah-pensyarah CASIS bersama-sama dengan IALKM. Antara pensyarah  yang terlibat dalam kursus ini adalah  Prof Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, Prof Dr. Muhammad Zainiy Uthman, Prof Madya Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah, En. Mohd Nizam bin Ali, Prof Madya Dr. Shamsudin Arif, Dr. Zaidi bin Ismail.

Objektif Kursus Kepimpinan Global ini adalah untuk menggalakkan perbincangan isu semasa dalam pentadbiran dan kepimpinan dalam pandangan alam Islam antara para guru-guru MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) yang bertanggungjawab dalam  membimbing pelajar-pelajar MRSM yang bakal mengikuti program Kepimpinan Global.

Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk menilai sistem dan falsafah Barat tentang pentadbiran dan kepimpinan yang dengan ini sekaligus dapat membantu proses pemahaman para guru MRSM untuk terus menerokai dan mengaplikasikan falsafah dan sistem pentadbiran dan kepimpinan dari segi pandangan alam Islam.

Modul Kursus yang diadakan:

  1. Alternatif Kepada Kemodenan dan Kepimpinan Barat oleh Prof Wan Mohd Nor Wan Daud
  2. Peranan Ilmu dan Sains dalam Kepimpinan Global oleh Prof Dr. Muhammad Zainiy Uthman
  3. Perkongsian Dalam Pengalaman Kepimpinan oleh En. Mohd Nizam bin Ali
  4. Cabaran Kepimpinan dan Kaedah Menanganinya Dalam Islam oleh Ass. Prof. Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah
  5. Akhlaq dan Etika Dalam Kepimpinan oleh Ass. Prof. Dr Syamsuddin Arif
  6. Faham Tadbir Dalam Islam oleh Dr. Zaidi Ismail

Kertas Kerja dan Power Point yang dibentangkan

  1. Kerangka Komprehensif Pemikiran Melayu Abad ke-17 Masihi Berdasarkan Manuskrip Durr al-Fara’’id Karangan Sheikh Nurudin al-Raniri oleh Prof Wan Mohd Nor Wan Daud dan Ass. Prof Dr. Khalif Muammar
  2. Pemikiran dan Pembinaan Tamadun oleh Prof Dr. Muhammad Zainiy Uthman
  3. Penubuhan MARA: Yang Tersurat dan Tersirat Serta Keberkesanan Program yang dilaksanakan oleh En. Mohd Nizam bin Ali
  4. Cabaran Kepimpinan dan Kaedah Menanganinya dalam Islam oleh Ass. Prof. Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah
  5. Ibn Sina dan Pembangunan Modal Insan: Analisis Kitab al-Siyasah oleh Ass. Prof. Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah
  6. ‘Khayr Ummah’ dan Peranannya dalam Kebangkitan Tamadun Ummah Masa Kini oleh  Ass. Prof. Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah
  7. Pentadbiran Beradab: Faham dan Rencana Dasar oleh Dr. Zaidi Ismail>