ASSALAMMUALAIKUM WRT. WBT. DAN SALAM SEJAHTERA..

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah melantik beberapa staf Akademi Bahasa sebagai Ahli Jawatankuasa Induk Penggubalan Sukatan Pelajaran Malaysian University English Test (MUET) selama tempoh 2 tahun.

Bagi pihak Pengurusan dan warga Akademi Bahasa ingin mengucapkan TAHNIAH atas pelantikan ini dan diharapkan saudara dapat menyumbang idea serta tenaga dengan penuh dedikasi untuk memperkasakan Akademi Bahasa dan Universiti.

Sekian, terima kasih.

 Berkhidmat untuk Negara kerana Allah 

PIHAK PENGURUSAN DAN WARGA AKADEMI BAHASA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA