Falsafah Sains dan Ketamadunan (UICW 6023)

Sinopsis Kursus

Kursus ini membincangkan falsafah UTM dan falsafah ilmu, konsep, matlamat, sejarah, serta kepentingan falsafah sains, hubungan sains dengan agama, dan perbandingan antara sains Islam dan Barat. Turut dibincangkan pandangan semesta tentang Tuhan, alam dan manusia, peranan dan kepentingannya dalam pembentukan budaya dan tamadun, serta konsep dan kepentingan maqasid Syariah dalam kajian sains. Juga dibahaskan isu-isu dan cabaran ketamadunan antara Barat dan Timur; pembangunan dan alam sekitar; ekonomi dan perundangan; pentadbiran dan pengurusan negara; buy coursework  penyelidikan ilmiah; komunikasi dan teknologi maklumat; dan pendidikan kekeluargaan.