Memperkasa Agihan Zakat kepada Asnaf Fakir & Miskin: Hala Tuju Dan Masa Depan Agihan Zakat Di Malaysia

Aspek agihan zakat adalah antara yang perlu ditekankan dalam sesebuah institusi zakat. Hal ini kerana matlamat akhir zakat itu sendiri ialah bagi memastikan asnaf yang menjadi sasaran zakat itu betul-betul mendapat manfaat daripada agihan tersebut. Justeru, atas premis Akademi Tamadun Islam UTM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Johor mengadakan PMBZ 2018. Objektif program ini ialah:

  1. Membincangkan tahap keberkesanan pelaksanaan agihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin.
  2. Mencadangkan strategi agihan zakat yang lebih berkesan dan praktikal

Sebanyak 4 kertas kerja dibentangkan iaitu:
Urus Tadbir Korporat dalam Agihan Zakat  oleh Dr. Mohidin Yahya bin Hj Shamsudin (MAIJ Urus Sdn. Bhd.);
Keberkesanan Agihan Zakat: Pengalaman Negara Asean oleh Prof Madya Dr Abd Halim bin Mohd Noor (Center for Islamic Philanthropy & Social Finance UiTM);
Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Penyelarasan dengan Bantuan Zakat oleh Puan Suhaila bt. Omar (Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat), dan
Strategi Berkesan dalam Agihan Zakat kepada Asnaf Fakir Miskin oleh Dr. Adibah bt. Abdul Wahab (LZS Selangor).

Resolusi berkenaan keberkesanan agihan zakat akan dibentangkan pada akhir program ini.