FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
TARIKH & TEMPAT
Tarikh: 28 September 2024
Tempat: Sport Hall 1 UTM
PENYERTAAN
Penyertaan hanya dibuka kepada staf FSSH dan Jemputan sahaja
Yuran Penyertaan: Percuma
KATEGORI
Beregu Lelaki
Beregu Wanita
FORMAT PERTANDINGAN
Sistem Liga : Pada peringkat awal, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan setiap kategori untuk bermain dalam format liga sebelum mara ke peringkat kalah mati.
SISTEM SKOR
• Menggunakan sistem rally point.
• Setiap perlawanan dimainkan sehingga 15 mata untuk dua set sahaja dan tiada rubber set. Sistem rubber set hanya akan bermula peringkat suku akhir.
• Setiap pasangan yang mencapai mata dahulu 15 dikira sebagai pemenang dan tiada deus.
• Pemenang peringkat kumpulan akan menerima 3 mata,seri 1 mata dan kalah 0 mata.
UNDIAN
Undian akan dilakukan sebelum pertandingan bermula.
JADUAL PERTANDINGAN
Jadual perlawanan akan disusun berdasarkan jumlah penyertaan dan akan diumumkan sebelum hari pertandingan.
HADIAH
• Setiap penyertaan akan diberikan e-Cert(e-Sijil).
• Hadiah akan diberikan kepada pemenang setiap kategori, termasuk tempat pertama, kedua, dan ketiga.
PERALATAN
• Shuttlecock akan disediakan oleh penganjur.
• Setiap Perlawanan hanya diberikan maksimum 2 shuttlecock sahaja.
• Pemain dikehendaki membawa raket masing-masing.
PENUTUP
Semua peserta diharapkan dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan bersikap positif sepanjang pertandingan.
Penganjur berharap agar pertandingan ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Download Format dan Peraturan Pertandingan