SPORT VIBES BADMINTON CHALLENGE FSSH 2024
LATAR BELAKANG PROGRAM
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) sentiasa komited untuk meningkatkan kebajikan dan perpaduan di kalangan kakitangannya. Menyedari kepentingan gaya hidup sihat dan hubungan kerja yang harmoni, FSSH ingin menganjurkan SPORT VIBES BADMINTON CHALLENGE FSSH 2024. Program ini merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan kesihatan fizikal dan mental, di samping mengukuhkan semangat kerjasama dan solidariti di kalangan staf FSSH.
Seiring dengan itu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan telah merancang program berteraskan sukan secara fizikal iaitu SPORT VIBES BADMINTON CHALLENGE FSSH 2024. Program ini juga turut melibatkan gabungan antara staf akademik dan pelaksana.
Dengan adanya program ini, FSSH berharap dapat mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif, sihat, dan produktif. Pertandingan ini juga diharapkan dapat menjadi acara tahunan yang dinantikan oleh semua staf, seterusnya membina tradisi kesukanan dalam budaya kerja fakulti.
OBJEKTIF
Program ini dianjurkan dengan objektif untuk:
- Menyediakan platform bagi meningkatkan kecergasan fizikal staf.
- Menyediakan platform bagi pembangunan semangat kesukanan dan juang yang tinggi dalam kalangan staf.
- Menyediakan platform untuk kerjasama erat antara staf akademik dan pelaksana melalui aktiviti sukan badminton.
- Menyediakan platform bagi mencungkil bakat baru.
- Persediaan ke Universiti Sport Games (USG2024).
Pendaftaran Beregu Lelaki dan Wanita Akan Tamat Pada 15 September 2024
Day(s)
:
Hour(s)
:
Minute(s)
:
Second(s)