+607-5534026 +607-5532206 humanities@utm.my

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg.Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Akademi Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kementerian Pengajian Tinggi akan mengadakan program Webinar Antarabangsa Bahasa Melayu 2021 seperti dalam butiran berikut:

Tarikh​: 14 – 15 November 2021

Hari​: Ahad dan Isnin

Masa​: 9.00 pagi – 5.00 petang

Platform​​:

FB PABM KPT : https://www.facebook.com/PABMKPT/

Webex

Pautan: https://utm.webex.com/join/fss2.webex

Pengucaptama : 

  1. Prof. Emeritus Datuk Nik Safiah Karim (Universiti Malaya)
  2. Prof. Emeritus Dr. Teo Kok Seong (UKM)
  3. Tn. Hj Md Johari bin Hasan (DBP)
  4. Bapak Maman S. Mahayana, S.S., M.Hum. (Universiti Indonesia)

Penceramah :​

  1. Pn. Norhafizah Mohamed Husin (DBP)
  2. ​En. Sakri Abdullah (ITBM)
  3. ​En. Azhar Salleh (Munsyi Dewan)

Program ini merupakan program iringan bagi Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri yang akan di adakan di UTM pada 23-29 November 2021.

Sehubungan dengan itu, semua staf dan pelajar adalah dijemput untuk hadir bagi menyertai program ini.

Bagi pelajar UTM, merit dan e-sijil akan diberikan manakala mata CPD akan diberikan untuk staff UTM.

Sekian, terima kasih.