Panduan Calon Temuduga Sarjana Muda Pendidikan

TEMUDUGA BAGI KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SESI AKADEMIK 2020/2021 SEMESTER SATU

 

 

Program : Kod Program UPU – Sarjana Muda Pendidikan (Program Tawar)

 

Kaedah Temuduga : 1.   Temubual dijalankan secara langsung menggunakan sistem WEBEX. Rujuk Buku Panduan Temuduga Calon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UTM di senarai di bawah.

2.   Bagi Calon Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Sains Sukan) dengan Kepujian perlu sediakan rakaman video ujian kecergasan (Format MP4 – Sila rujuk LAMPIRAN untuk maklumat terperinci);

3.   Penghantaran dokumen lain – Surat Temuduga, Borang Pengesahan Kesihatan, Sijil Kelahiran, Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Slip Keputusan SPM/ STPM/ MATRIKULASI/ ASASI/ DIPLOMA, Sijil MUET dan Borang Maklumat Peribadi. Semua hasil salinan sijil calon hendaklah mendapat pengesahan daripada Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan A. Cop pegawai hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan/alamat. Tandatangan bagi pihak (b/p) adalah tidak dibenarkan.

4.   Semua video dan dokumen hendaklah diemelkan ke soe.interview@utm.my

 

 

 

Format penyerahan Rakaman Video 1 dan penyerahan dokumen bagi Kemasukan Perdana adalah seperti berikut:

 

  1. AMBILAN PERDANA (PERDANA INTAKE)

 

  1. Rakaman Video Ujian Kecergasan
    1. Rakaman video ini hanya bagi calon pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Sains Sukan) dengan Kepujian sahaja.
    2. Panduan ujian kecergasan boleh diperolehi di senarai di bawah.
    3. Contoh video ujian kecergasan adalah seperti di pautan berikut:- https://youtu.be/jmlh4oVSHZk
    4. Durasi ujian ini dilakukan adalah selama tiga (3) minit secara berterusan.
    5. Tajuk fail bagi video ini ditulis sebagai:

<Nama Penuh> <Perdana> <IC> <portfolio> <20202021>.mp4

Contoh: ahmadperdana900707993322kecergasan20202021.mp4

 

  1. Penghantaran Dokumen
    1. Semua dokumen hendaklah diimbas dalam bentuk pdf di dalam satu folder.
    2. Tajuk fail bagi dokumen ini ditulis sebagai :

<Nama Penuh> <Perdana> <IC> <portfolio> <20202021>.pdf

Contoh: ahmadperdana900707993322dokumen20202021.pdf

 

PERKARA TARIKH BERKAITAN
Tempoh pengesahan temuduga 22 hingga 30 Jun 2020
Penghantaran dokumen dan video temuduga 22 hingga 30 Jun 2020
Temuduga secara atas talian

(Jadual Giliran Temuduga boleh dirujuk di senarai dibawah mulai 3 Julai 2020 jam 8.00 pagi)

5 hingga 12 Julai 2020

SENARAI PANDUAN PANDUAN

1. Panduan temuduga secara dalam talian

2. Buku panduan ujian kecergasan

3. Borang Maklumat Peribadi ISMP

4. Borang Pengesahan Kesihatan

5. Semak Tarikh,Masa dan Link Temuduga
Jika Bermasalah Sila Hubungi Urusetia: 0192942542