MESSAGE FROM CHAIRMAN

Good greetings,

The truth about knowledge entails the process of investigating justified beliefs and not opinions, accompanied by valid and reliable evidences and addresses issues of sources, scope and rational.  The truth can guide human kind to fulfil the need to survive and sustain this living. The natural law permits change, happening all the time, because the world is moving and therefore there is the need to extend the boundaries of knowledge and its truth. Transformation, sometimes back to its original form, facilitates human to survive and sustain. The change in human behaviour, translated as education, entails the teaching and learning processes. Arguably, the main reason is to guarantee the survival of the next generation, with the older generation feeling good that they had done their job, and that initiative ostensibly contains ethical and aesthetics values. The initiative to identify, create and propose transformation for the benefit of mankind is to be put forward to vote in seeking the truth about the best knowledge for human existence and resolve.

This society is to provide that platform, the initiative to use education to transform humanity through various means and experiences.  Come join us if you have that courage. So let us have that and we work together to put that into practice to make this world significant. Thank you.

 

 

Assalamualaikum wrt.

Kebenaran tentang pengetahuan melibatkan proses penyiasatan kepercayaan yang wajar, dan bukannya pendapat, disertai dengan bukti-bukti yang sah dan boleh dipercayai sserta menangani isu-isu sumber, skop dan rasional. Kebenaran boleh membimbing manusia untuk memenuhi keperluan untuk terus hidup dan mengekalkan kehidupan ini. Undang-undang semulajadi membenarkan perubahan, berlaku sepanjang masa.  Dunia sentiasa bergerak dan oleh karenanya terdapat keperluan untuk memperluas sempadan pengetahuan dan itu adalah benar. Transformasi, kadang-kadang berubah kembali ke bentuk asal, memudahkan manusia untuk terus hidup dan bertahan. Perubahan tingkah laku manusia pula, diterjemahkan sebagai pendidikan, melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Boleh diunjurkan, sebab utamanya adalah untuk menjamin kelangsungan hidup generasi akan datang, dengan generasi yang terdahulu merasa seleesa kerana mereka telah melaksanakan tugasan mereka.  Inisiatif untuk berubah itu mengandungi nilai-nilai etika dan estetika. Inisiatif untuk mengenal pasti, mencipta dan mencadangkan transformasi untuk kepentingan umat manusia akan dikemukakan untuk perbahasan dalam mencari kebenaran tentang pengetahuan terbaik untuk memastikan kewujudan manusia dan penyelesaian mengenainya.

 

Persatuan ini adalah untuk menyediakan landasan tersebut di atas, iaitu inisiatif untuk menggunakan pendidikan bagi mengubah manusia melalui pelbagai cara dan pengalaman. Marilah menyertai kami jika anda mempunyai keberanian itu. Marilah kita memilikinya dan kita bekerjasama  mengamalkan untuk menjadikan dunia ini lebih penting dan sejahtera.

Terima kasih.

 

 

PROF.DR MOHAMED NAJIB BIN ABDUL GHAFAR
CHAIRMAN INTERNATIONAL SOCIETY FOR EDUCATIONAL INITIATIVES MALAYSIA (ISEI)

 

Latest News | All News

Get the latest news and information .