{"id":262,"date":"2012-05-07T01:04:31","date_gmt":"2012-05-06T17:04:31","guid":{"rendered":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/?p=262"},"modified":"2014-05-01T12:58:47","modified_gmt":"2014-05-01T04:58:47","slug":"kekeliruan-ilmu-752012-berita-harian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/blog\/2012\/05\/07\/kekeliruan-ilmu-752012-berita-harian\/","title":{"rendered":"KEKELIRUAN ILMU-7\/5\/2012 BERITA HARIAN"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"color: #333333\"><br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net\/hphotos-ak-prn1\/s720x720\/548376_405935626096253_253915497964934_1278563_1925494588_n.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>\n<strong>Buku Rihlah Ilmiah: Dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu Kontemporer perjelas situasi<\/strong>\n<\/p>\n<p>\nBUKU  biografi, autobiografi dan memoir tidak miskin dalam khazanah  kepustakaan tanah air baik yang melingkari kehidupan politikus, birokrat  dan korporat atau melatari kepengarangan sasterawan, kewartawanan serta  kesenian seniman.\n<\/p>\n<p>\nBagaimanapun, naskhah yang mengungkap perjalanan kesarjanaan dan  keintelektualan golongan ilmuwan dalam perjuangan mereka mengutip ilmu  serta hikmah boleh dianggap buku yang hadir dalam himpunan tradisi kita.<\/p>\n<div>Marhalah ini wajar diambil iktibar oleh penuntut dan  perancang mahupun  pelaksana dasar untuk membuat peta  arah perjalanan serta pertumbuhan  akliah ilmiah untuk  kebaikan diri perseorangan. &#8211; Prof Dr Mohamad Zaini  Othman, Koordinator Antarabangsa dan Penerbitan Pusat Kajian  Tinggi  Islam, Sains Dan Peradaban UTM<\/div>\n<p>Sedang hakikatnya buku yang menyorot perjalanan kesarjanaan mereka bukan  saja jauh lebih penting dalam memberi contoh teladan dan semangat  kepada ahli akademik serta bakal sarjana, bahkan memperlihatkan tradisi  ilmu dengan kesinambungan dalam gedung peradaban besar.\n<\/p>\n<p>\nApatah  lagi proses keilmuan tidak hanya membabitkan peribadi sarjana itu,  sebaliknya ia meliputi seluruh ulama, ilmuwan dan intelektual sehingga  ilmu mampu berkembang.\n<\/p>\n<p>\nDalam tradisi keilmuan Islam sendiri, imam  dan ulama, baik dalam bidang usuluddin, hadis, fiqah dan pelbagai  bidang ilmu lain boleh disusuri perjalanan keilmuan mereka baik  salasilah guru atau susur galur anak murid mereka.\n<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/articles\/Kekeliruanilmu\/pix_gal0\"><\/a><br \/>\nHal itulah  yang menjadi inti pati kepada Wacana Ilmu Buku Rihlah Ilmiah di Dewan  Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini, yang  memperkatakan buku Rihlah Ilmiah: Dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu  Kontemporer Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud (Rihlah Ilmiah).\n<\/p>\n<p>\nEditor Buku Rihlah Ilmiah, Dr Adian Hussaini, berkata buku itu  sangat penting di Indonesia kerana masalah kekeliruan ilmu di negara itu  yang disifatkannya sangat luar biasa dan tersebar ke mana-mana.\n<\/p>\n<p>\n\u201cDi  Indonesia sekarang, sudah ada hampir 700 universiti dan institut  pengajian Islam, manakala pondok pesantren pula mungkin menjangkau  30,000 jumlahnya dengan umat Islam melebihi 200 juta orang.\n<\/p>\n<p>\n\u201cDi  Indonesia kalau ke mana juga, masalahnya sama saja sehingga soalan yang  dikemukakan hampir serupa kerana masalah kekeliruan ilmu itu asalnya  satu saja,\u201d katanya pada wacana yang dipengerusikan Ketua Pengarah DBP,  Dr Awang Sariyan.\n<\/p>\n<p>\nDr Adian berkata, masalah kekeliruan ilmu itu  dapat diberikan oleh Prof Wan Mohd Nor kerana statusnya sebagai anak  murid kepada Fazlur Rahman, iaitu ahli falsafah dan sarjana Islam  kelahiran Pakistan terkemuka yang menjadi Profesor Pemikiran Islam di  Universiti Chicago, Amerika Syarikat. \u201cDi mana-mana saja Prof Wan Mohd  Nor berceramah, soalan yang dilontarkan kepada beliau hampir sama, iaitu  \u2018anda murid Fazlur Rahman, tetapi kenapa pemikiran anda berbeza?\u2019,  sekali gus membuka ruang kepadanya untuk menjawab hal itu.\n<\/p>\n<p>\n\u201cIni  kerana di Indonesia, Fazlur Rahman sudah dianggap identifikasi dengan  Nurcholis Majid dan Syafii Maarif serta liberal sehingga beliau diangkat  sebagai guru pemikir liberal,\u201d katanya pada wacana yang dihadiri  Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Prof Wan  Mohd Nor dan Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Anwar Ridhwan.\n<\/p>\n<p>\nBagaimanapun,  Dr Adian berkata, ceramah di pelbagai universiti di Indonesia tidak  cukup, sebaliknya memerlukan bahan bertulis khususnya buku dan majalah  seperti yang pernah dilakukan mereka melalui penerbitan Jurnal Islamika.\n<\/p>\n<p>\n\u201cJusteru,  saya selalu menggalakkan Prof Wan Mohd Nor menulis Rihlah Ilmiahnya,  sekali gus dapat memberikan jawapan terhadap kekacauan yang berlaku  dalam memahami ilmu,\u201d katanya yang juga Pensyarah Pasca Sarjana-Program  Studi Timur Tengah dan Islam Universiti Indonesia (PSTTI-UI).\n<\/p>\n<p>\nKoordinator  Antarabangsa dan Penerbitan Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains Dan  Peradaban (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Mohamad  Zaini Othman, berkata melalui sembilan belas bab buku itu, pembaca  diperkenal dan dihidangkan dengan jalan hidup dan perkembangan insan  yang melalui marhalah, di samping tahap ilmiah dalam tempuh berpuluh  tahun.\n<\/p>\n<p>\n\u201cMarhalah ini wajar diambil iktibar oleh penuntut dan  perancang mahupun pelaksana dasar untuk membuat peta arah perjalanan  serta pertumbuhan akliah ilmiah untuk kebaikan diri perseorangan.\n<\/p>\n<p>\n\u201cIni  kerana diri yang berilmu bukan dibentuk dalam empat atau sepuluh tahun  sehingga Dr Mustafa Ceric menyebut 40 tahun adalah masa yang singkat  untuk melahirkan ilmuwan,\u201d katanya pada wacana yang turut menampilkan  Ketua Sekretariat Suruhanjaya Visi 1440H, Bank Pembangunan Islam (IDB),  Datuk Dr Mohd Ghazali Md Noor.\n<\/p>\n<p>\nBeliau memetik pandangan Mufti  Besar Bosnia Herzegovina yang pernah berkhidmat di Institut Pemikir dan  Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Kuala Lumpur.\n<\/p>\n<p>\n\u201cDan untuk  masak ranum pemikirannya dan zahir insan bergagasan besar, ia bukan  sekadar masak pemikiran secara tabii kerana wawasan dan gagasan besar  bukan hasil pemikiran runcitan, sebaliknya ia adalah kurniaan Allah  SWT,\u201d katanya.\n<\/p>\n<p>\nKeperluan buku biografi, autobiografi dan memoir  itu turut disentuh Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM),  Prof Datuk Dr Zaini Ujang dalam ucapan pelancarannya yang menganggap  penerbitan Rihlah Ilmiah memberi ruang kepada sarjana muda dan mereka  yang berhasrat menjadi sarjana untuk memulakan kehidupan dalam konteks  keilmuan.\n<\/p>\n<p>\n\u201cIni kerana kita tidak banyak contoh teladan yang boleh  dibaca dan dihayati oleh anak muda untuk memahami kerjaya sebagai  sarjana.\n<\/p>\n<p>\n\u201cBuku ini menjadi petanda pentingnya kita mendapatkan  tokoh yang menulis kehidupan mereka termasuk kejayaan mendepani pelbagai  masalah dan menyediakan diri apabila berhadapan dengan tokoh besar yang  akhirnya mereka bergelar tokoh pula,\u201d katanya.\n<\/p>\n<p>\nUntuk artikel asal, sila rujuk ke laman web: <a href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/bharian\/articles\/Kekeliruanilmu\/Article\/\" target=\"_blank\">http:\/\/www.bharian.com.my\/bharian\/articles\/Kekeliruanilmu\/Article\/<\/a>\n<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Buku Rihlah Ilmiah: Dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu Kontemporer perjelas situasi BUKU biografi, autobiografi dan memoir tidak miskin dalam khazanah kepustakaan tanah air baik yang melingkari kehidupan politikus, birokrat dan korporat atau melatari kepengarangan sasterawan, kewartawanan serta kesenian seniman. Bagaimanapun, naskhah yang mengungkap perjalanan kesarjanaan dan keintelektualan golongan ilmuwan dalam perjuangan mereka mengutip ilmu serta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1879,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-262","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-activities"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/262","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1879"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=262"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/262\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=262"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=262"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=262"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}