{"id":1588,"date":"2014-04-08T00:49:56","date_gmt":"2014-04-07T16:49:56","guid":{"rendered":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/?p=1588"},"modified":"2014-04-14T23:08:56","modified_gmt":"2014-04-14T15:08:56","slug":"peri-bahasa-dan-diri-insan-ringkasan-saturday-night-lecture-8hb-februari-2014","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/blog\/2014\/04\/08\/peri-bahasa-dan-diri-insan-ringkasan-saturday-night-lecture-8hb-februari-2014\/","title":{"rendered":"Peri Bahasa dan Diri Insan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: center;\"><span style=\"color: #000000;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter  wp-image-1591\" alt=\"EreTheMoonRises\" src=\"https:\/\/humanities.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/04\/EreTheMoonRises.png\" width=\"458\" height=\"347\" srcset=\"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/04\/EreTheMoonRises.png 764w, https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/04\/EreTheMoonRises-300x227.png 300w\" sizes=\"(max-width: 458px) 100vw, 458px\" \/><\/span><\/p>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Ringkasan<\/span><\/h3>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Syarahan Sabtu Malam oleh Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas<\/span><\/h3>\n<h3 style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">8 FEB 2014<\/span><\/h3>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Alhamdulillah, Siri Syarahan Sabtu Malam anjuran CASIS-UTM diteruskan pada semester ini, dengan persetujuan dan kerelaan hati YM Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang keberadaannya dan tutur katanya senantiasa didahagakan oleh para pencinta ilmu dan ahlinya serta peminum-peminum minuman hikmah. Ini merupakan syarahan pertama dalam siri keempat sejak sesi syarahan ini dianjurkan di UTM Kuala Lumpur.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\"><!--more-->YM Profesor memulakan syarahannya dengan memperjelaskan beberapa kekeliruan perihal bahasa Arab. Para orientalis sering membuat dakwaan bahawa bahasa Arab Jahiliyyah itulah bahasa Arab yang paling murni, yang telah mengecapi puncak ketinggian kesusasteraan. Malah, menurut mereka, kedatangan Islamlah telah menjatuhkan kedudukan bahasa ini, telah merosakkan kemurnian dan keasliannya. Bagi memberikan jawaban yang dapat menjelaskan hal ini, YM Profesor mengimbau kembali apa yang pernah dibahaskan oleh beliau dalam syarahannya yang lalu di Dewan Jumaah, mengenai persoalan apakah yang dimaksudkan dengan zaman Jahiliyyah dan apakah yang mencirikan bahasa mereka. Menurut YM Profesor, zaman Jahiliyyah mungkin dapat dianggarkan sekitar 150 hingga 200 tahun sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Bahasa mereka pula dicirikan oleh <i>mu`allaq\u0101t<\/i> yang ditampal-tampal pada dinding Ka`bah, yang padanya tersusun bait-bait syair yang mencerminkan pandangan alam dan pemikiran masyarakatnya. Masyarakat Arab pada waktu itu pula bukanlah keseluruhannya dapat dikategorikan dengan kategori Jahiliyyah, kerana terdapatnya di kalangan mereka, sebahagiannya terdiri daripada kaum Quraysh, terutama sekali Bani Hashim daripada kalangan mereka, yang termasuk dalam golongan yang digelar sebagai <i>han\u012bf<\/i>. Golongan hanif ini masih berpegang kepada tawhid yang benar. Sebahagian daripada mereka, seperti bapa saudara Sayyidatina Khadijah iaitu Waraqah ibn Nawfal, mengetahui dengan terperinci ajaran-ajaran, kitab-kitab, dan kisah-kisah para anbiya\u2019 terdahulu. Datuk kepada baginda Rasul s.a.w, iaitu Abdul Muttalib, apabila Abrahah datang untuk memusnahkan Ka`bah, beliau hanya berkata, biarlah Yang Empunya Ka`bah ini sendiri yang melindunginya, iaitulah Allah s.w.t. Bapa Rasulullah sendiri diberinya nama Abdullah. Mereka ini bukanlah daripada golongan Jahiliyyah. Golongan Jahiliyyah ini merujuk kepada para penyair yang bersyair dan menulis perihal kehidupan mereka, perihal unta-unta, kuda-kuda dan perempuan-perempuan mereka, dan mereka menyembah berhala.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Kemudian apabila tanzilnya wahyu, al-Qur\u2019\u0101n al-Kar\u012bm, maka bermulalah proses yang kini dinamakan dengan \u201cpengislaman bahasa Arab\u201d. Walaupun kebanyakan istilah-istilah dan perkataan-perkataan yang digunakan dalam al-Qur\u2019an masih lagi bahasa Arab yang digunakan oleh masyarakat ketika itu, namun terdapat juga kalimah-kalimah baru yang dimasukkan ke dalam perbendaharaan bahasa Arab ketika itu atau kalimah yang sedia ada tetapi dimaknai dengan makna yang baru. Maka al-Qur\u2019an sendiri telah mengubah bahasa Arab ketika itu menjadi satu bahasa yang baru. Antara tanda-tanda yang menunjukkan hakikat ini ialah apabila masyarakat Arab Jahiliyyah ketika itu mendapati bahasa al-Qur\u2019an ini pelik dan ganjil. Mereka kemudiannya menuduh baginda Rasul sebagai gila, tidak siuman, atau seorang penyair yang menggunakan perkataan-perkataan yang pelik. Maka bahasa Arab al-Qur\u2019an bukanlah satu penerusan proses evolusi bahasa Arab lama, tetapi suatu bahasa baru yang padanya terpamer satu pandangan alam yang mencerminkan hakikat semesta. Dapat juga difahami dengan ini bahawa bahasa Arab al-Qur\u2019an inilah yang memurnikan bahasa Arab yang telah tercemar oleh kerosakan-kerosakan yang berlaku sepanjang sejarahnya sehingga ia tidak lagi memancarkan pandangan alam yang sebenar. Antara tanda yang membuktikan hal ini ialah apabila kita menyedari bahawa bahasa Arab terbit daripada satu bahasa lama yang dituturkan oleh Nabi Ibrahim a.s. Kaum Yahudi mendakwa ini bahasa Ibrani atau Hebrew, tetapi sebenarnya bahasa Ibrani sendiri terbit daripada bahasa lama tersebut. Bahasa ini mempunyai sistem akar kata yang dapat mengikat makna-makna daripada menjadi terawang-awang berubah mengikut hawa nafsu penuturnya, dan sistem akar kata ini akhirnya dijelmakan semula dalam bahasa Arab al-Qur\u2019an, yang akhirnya kaum Yahudi sendiri terpaksa mempelajari sistem ini demi memahami kembali apa yang tertulis dalam tulisan-tulisan dan kitab-kitab lama yang terdapat dalam tradisi mereka.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Misalnya, perkataan <i>qarn<\/i> yang berma\u2018na \u201ctanduk\u201d. Telah dilaporkan dalam terjemahan-terjemahan Bible bahawa Nabi Musa a.s. telah kembali dari Gunung Sinai dengan <i>qarn<\/i> di kepalanya, yang difahami mereka dengan ma`na \u201ctanduk\u201d di kepalanya. Inilah sebabnya kita dapat melihat misalnya pada hasil ukiran Michaelangelo di mana Nabi Musa a.s. digambarkan mempunyai dua tanduk. Namun, setelah ditelusuri ma`na-ma`na yang terkandung dalam perkataan <i>qarn<\/i> berdasarkan sistem akar bahasa Arab, ternyatalah perkataan ini juga membawa ma`na \u201ccahaya\u201d. Maka kisah dalam Bible itu lebih tepat difahami dengan ma`na Nabi Musa a.s. kembali dari Gunung Sinai dalam keadaan disinari suluhan cahaya wahyu. Hal ini diperakui sendiri oleh orientalis, bagaimana mereka dapat menemui kembali ma`na-ma`na yang terkandung dalam manuskrip-manuskrip lama berdasarkan sistem akar yang terdapat dalam bahasa Arab. Maka kita haruslah berwaspada dan berhati-hati dengan desakan segolongan cendikiawan Muslim sendiri yang cuba me\u2018moden\u2019kan bahasa Arab dengan membiarkan kalimah-kalimahnya agar terapung-apung supaya ma`na-ma`na baru bebas untuk ditempelkan kepadanya. Salah satu caranya ialah dengan meng\u2018arab\u2019kan konsep-konsep asing yang tiada asalnya dalam bahasa Arab, seperti konsep \u2018sekular\u2019 yang di\u2018arab\u2019kan menjadi <i>`alm\u0101niyyah<\/i>. Padahal konsep sekular itu padanya terdapat banyak ma`na-ma`na yang terbit daripada pandangan alam yang bertentangan dengan Islam, yang tersembunyi di sebalik ma`na-ma`na itu satu himpunan pengalaman-pengalaman sejarah yang tidak ada yang sepertinya dalam pengalaman sejarah Islam, lalu dithabitkan pula ma`na-ma`na asing ini dengan satu kalimah yang akar katanya ialah <i>`ilm<\/i>, satu kalimah yang asas dalam pandangan alam Islam seolah-olah Islam sendirilah yang menerbitkan konsep sekular seperti yang difahami oleh pandangan alam barat itu. Maka tanpa kita sedari, sistem ma`na yang terpancar oleh al-Qur\u2019an yang menjadi asas keutuhan bahasa Arab kini secara halus dirungkai sedikit demi sedikit, semuanya dengan alasan mengejar \u201ckemajuan\u201d dan ingin \u201csetanding\u201d dengan bangsa yang sudah \u201cjauh ke hadapan\u201d meninggalkan kita dalam kegelapan! Jika kita turuti sahaja desakan ini maka kitalah yang sebenarnya mundur ke belakang, menolak pedoman dan cahaya lalu memilih kegelapan. Sedangkan ilmuan-ilmuan terdahulu sudah pun meninggalkan pedoman bagaimana untuk mengenalkan konsep-konsep baharu ke dalam bahasa Arab, iaitu dengan mengekalkan sahaja perkataan dan sebutan asal, dalam kes ini, \u2018sekular\u2019 boleh sahaja dipinjam terus ke bahasa Arab menjadi <i>s\u012bk\u016blar<\/i>, seperti mana perkataan \u2018philosophia\u2019 menjadi <i>falsafah<\/i> dan \u2018hyle\u2019 menjadi <i>\u1e25ayula<\/i>, yang akhirnya secara sedikit demi sedikit berlakulah proses pengislaman yang menjadikan aktiviti berfalsafah itu berubah ruhnya, lalu mengakar dalam pandangan alam Islam sebagai <i>\u1e25ikmah<\/i>, manakala perbincangan yang melibatkan \u2018hyle\u2019 tadi lambat laun menjadi perbincangan berkaitan <i>`ayn, dhat, <\/i>dan <i>`arad<\/i> oleh para Mutakallimun.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Hal yang sama juga berlaku pada faham pendidikan. Faham pendidikan seperti yang terbayang dalam perkataan \u2018education\u2019 itu telah dipadankan dengan istilah <i>tarbiyah<\/i>, sehinggakan terbayang seolah-olah apa yang dima`nakan dengan tarbiyah itulah pendidikan Islam sebenar secara keseluruhannya. Sedangkan perkataan tarbiyah itu terbit daripada perkataan <i>rab\u0101<\/i> yang antara lainnya membawa ma`na \u2018bertumbuh\u2019, \u2018membesar\u2019, \u2018membela\u2019, \u2018menjaga\u2019, \u2018memelihara\u2019 dan yang seumpamanya, sedangkan faham pendidikan dalam Islam merangkum faham-faham yang tidak terbayang oleh perkataan <i>rab\u0101<\/i> itu, misalnya faham ilmu. Kalimah <i>rab\u0101<\/i> ini amat berkait rapat dengan <i>ra<\/i><i>\u1e25<\/i><i>mah<\/i> seperti dalam ayat \u201c\u2026<i>wa\u2019r<\/i><i>\u1e25<\/i><i>amhuma kam\u0101 rabbay\u0101n\u012b <\/i><i>\u1e63<\/i><i>agh\u012br\u0101<\/i>\u201d (S\u016brah al-Isr\u0101\u2019: 24) sedangkan <i>ra<\/i><i>\u1e25<\/i><i>mah<\/i> dan <i>`ilm<\/i> membayangkan dua faham yang berlainan, \u201c\u2026<i>rabban\u0101 wasi`ta kulla shay\u2019in ra<\/i><i>\u1e25<\/i><i>matan wa `ilman\u2026<\/i>\u201d(S\u016brah Gh\u0101fir: 7). Maka kaum Muslimin, terutama sekali mereka yang memahami bahasa Arab, haruslah berwaspada dalam hal ini. Tumpuan tidak seharusnya dihabiskan kepada aspek politik dan kemasyarakatan (sosiologi) semata-mata sehinggakan <i>diri insan<\/i> (psikologi) itu terus dilupakan dan dianggap tidak penting. Hal-hal kemasyarakatan ini sebenarnya tidaklah begitu sukar berbanding hal-hal yang berkaitan dengan diri dan jiwa insan. Ini kerana kajian terhadap masyarakat dan politik ini banyak bergantung kepada pemerhatian luaran pada gejala-gejala yang senantiasa berubah-ubah. Sebaliknya pengalaman rohani insan jauh lebih dalam dan halus sifatnya, yang memerlukan penerokaan yang lebih mendalam, yang seseorang itu harus pula menyelami dirinya sendiri, ke dalam akal-budi dan batinnya, sehingga dia menemukan perkara-perkara yang <i>kull\u012b<\/i> atau universal sifatnya. Pada sudut inilah sewajarnya pendidikan yang sebenar itu ditumpukan, sesuai dengan sifat bawaan insan itu sendiri sebagai <i>al-<\/i><i>\u1e25<\/i><i>ayaw\u0101n al-n\u0101<\/i><i>\u1e6d<\/i><i>iq<\/i>.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Sememangnya akal dan bahasa saling behubungan rapat antara satu sama lain. Sebarang gerak-daya yang berlaku di dalam akal terzahir melalui ungkapan-ungkapan bahasa. Pendidikan sebenar semestinya melibatkan pengaturan gerak-daya akliah tadi sehinggakan dapat tercapainya ilmu yang benar, manakala ilmu itu, menurut Imam al-Jurjani r.h, dapat difahami sebagai tibanya ma`na pada diri sekaligus <i>wus<\/i><i>\u016b<\/i><i>l<\/i>nya diri (atau akal atau ruh) itu kepada ma`na, sedangkan ma`na pula dapat difahami sebagai <i>kedudukan<\/i> sesuatu di dalam suatu <i>aturan<\/i> atau <i>sistem<\/i>. Apabila kita berbicara tentang \u2018kedudukan\u2019 sesuatu itu, kita sebenarnya sedang berbicara mengenai <i>kewujudan<\/i> sesuatu itu, kerana tidak ada sesuatu pun, apa yang terbayang apabila kita memejamkan mata sekalipun, yang tidak mempunyai satu macam kedudukan. Semua ini akhirnya terjelma ke alam zahir melalui bahasa. Sekali lagi kita mendapati isu penggunaan bahasa ini timbul. Melalui bahasa sesuatu yang tidak begitu penting boleh diberi perhatian seolah-olah ia suatu yang amat penting. Melalui pengolahan bahasa juga sesuatu yang terlebih nyata wujudnya boleh dikesampingkan sedangkan sesuatu sangkaan atau khayalan boleh diangkat menjadi begitu nyata. Begitu juga halnya dengan hubungan antara satu faham dengan faham yang lain. Pengolahan bahasa akan menentukan sama ada satu faham itu terlebih akrab dengan suatu faham yang lain atau sebaliknya. Mungkin dalam bahasa pertuturan seharian atau penulisan-penulisan umum, hal ini tidaklah begitu berat di mana kita lebih bebas untuk mengungkap atau menggubah perkataan baru dengan cara yang agak longgar, namun apabila berbahas tentang perkara yang lebih serius, yang lebih asasi, maka penggunaan bahasa yang betul amat perlu diberatkan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Seterusnya YM Profesor menghurai dan memberi sedikit tafsiran kepada ayat-ayat berikut: (S\u016brah al-Mu\u2019min\u016bn: 12-14) \u201c<i>Wa laqad khalaqn\u0101\u2019l-ins\u0101na min sul\u0101latin min <\/i><i>\u1e6d<\/i><i>\u012bn<\/i>\u201d Perkataan <i>sul\u0101lat<\/i> ini bermaksud \u201cyang terpilih\u201d, seperti dalam nama asal karya \u201cSejarah Melayu\u201d iaitu \u201c<i>Sul\u0101lat al-Sal\u0101<\/i><i>\u1e6d<\/i><i>\u012bn<\/i>\u201d yang bermaksud \u201cyang terpilih (untuk menjadi tauladan) daripada kisah raja-raja\u201d. Juga berkemungkinan daripada aneka pilihan tanah yang terbaik inilah akhirnya menjelmanya berbagai-bagai bangsa dengan rupa dan ragamnya yang tersendiri.<i> <\/i>\u201c<i>Thumma ja`aln\u0101hu nu<\/i><i>\u1e6d<\/i><i>fatan f\u012b qar\u0101rin mak\u012bn<\/i>\u201d Diperhatikan bahawa sesudah penciptaan yang pertama (<i>khalaqa<\/i>) diikuti pula dengan kalimah \u201c<i>ja`ala<\/i>\u201d.<i> <\/i>\u201c<i>Thumma khalaqn\u0101\u2019l-nu<\/i><i>\u1e6d<\/i><i>fata `alaqatan fa khalaqn\u0101\u2019l-`alaqata mu<\/i><i>\u1e0d<\/i><i>ghatan fa khalaqn\u0101\u2019l-mu<\/i><i>\u1e0d<\/i><i>ghta `i<\/i><i>\u1e93<\/i><i>\u0101man fa kasawn\u0101\u2019l-`i<\/i><i>\u1e93<\/i><i>\u0101ma la<\/i><i>\u1e25<\/i><i>man thumma ansha\u2019n\u0101hu khalqan \u0101khar.<\/i>\u201d Kalimah <i>nasha\u2019a<\/i> ini membawa ma`na meninggikan darajat, iaitu meninggikan darajat insan yang tadinya daripada tanah menjadi benih menjadi daging dan tulang belulang itu, menjadi sesuatu yang lain sama sekali, yakni bukan lagi semata-mata \u201ctanah menjadi benih menjadi daging dan tulang-belulang\u201d, tetapi suatu ciptaan yang lain (<i>khalqan \u0101khar<\/i>). Inilah ketikanya <i>al-<\/i><i>\u1e25<\/i><i>ayaw\u0101n al-n\u0101<\/i><i>\u1e6d<\/i><i>iq<\/i> itu benar-benar mema`nai insan apabila thabit pada insan itu <i>al-nafs al-n\u0101<\/i><i>\u1e6d<\/i><i>iqah<\/i> yang mencirikan insan itu membezakannya daripada <i>\u1e25<\/i><i>ayaw\u0101n\u0101t<\/i> yang lain. <i>Al-nafs al-n\u0101<\/i><i>\u1e6d<\/i><i>iqah<\/i> inilah yang telah dikurniakan <i>quwwah<\/i> untuk menjawab \u201cYa! Kami menyaksikan.\u201d pada saat Allah s.w.t bertitah \u201cTidakkah Aku Tuhanmu?\u201d (S\u016brah al-A`r\u0101f: 172). Inilah sudut yang telah lama ditinggalkan seolah-olah dilupakan sama sekali dalam perbahasan ilmiah dalam pandangan alam barat. Penduaan (dualism) jasad-roh yang saling bertentangan antara satu sama lain ini akhirnya membawa mereka meninggalkan yang satu demi yang satu lagi. Roh yang difahami mereka juga tidaklah begitu jelas seperti yang nyata pada ma`na <i>al-nafs al-n\u0101<\/i><i>\u1e6d<\/i><i>iqah<\/i> tetapi hanyalah suatu yang samar sifatnya, yang semata-mata suatu entiti yang menjadikan suatu jasad itu hidup, yang membolehkan proses fisiologi berlaku. Lama-kelamaan, disiplin psikologi yang diambil daripada orang-orang Yunani itu berubah keadaannya dan tidak lagi berbicara mengenai roh, tetapi disempitkannya kepada \u2018kesedaran\u2019, \u2018minda\u2019 yang juga tidak begitu jelas sifatnya. Selepas Immanual Kant pada abad ke-18, disiplin psikologi dikecilkan lagi menjadi antropologi, di mana perbincangan mengenai roh sebenarnya adalah perbincangan mengenai manusia, sedangkan manusia itu semata-mata adalah jasadnya. Roh tadi yang bertukar menjadi minda, berubah lagi menjadi semakin kecil menjadi \u2018kekuatan berfikir\u2019, dan \u2018berfikir\u2019 ini hanyalah disempitkan kepada proses yang amat mekanikal sifatnya seperti mengesan pola dan corak (pattern), mengesan keserupaan dan perbezaan bentuk-bentuk, dan sebagainya. Akhirnya ini disempitkan lagi menjadi kajian gerak-geri dan respon balas yang amat fizikal, yang menjurus kepada apa yang berlaku di dalam otak manusia, seperti yang dikaji dalam disiplin neurosains. Begitulah proses pensekularan faham insan, mengenai apa dan siapakah dia insan itu.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Hal seperti ini tidak berlaku dalam pengalaman sejarah peradaban Islam. Faham mengenai hakikat insan itu tiada berubah sejak zaman turunnya wahyu hinggalah kini, tidak mengalami sekularisasi hingga ma`nanya berubah-ubah. Keadaan yang kukuh menetap ini adalah kerana al-Qur\u2019an itu sendiri yang memelihara keutuhan pandangan alam Islam yang dibayangkan oleh \u2018sistem\u2019 ma`na yang terbit daripada bahasa al-Qur\u2019an itu sendiri, melainkan jika kita sendirilah yang membenarkan pensekularan itu berlaku akibat kejahilan kita sendiri terhadap agama yang murni ini. Perkara-perkara inilah yang seharusnya mendasari perbincangan-perbincangan mengenai hak asasi manusia, misalnya. Siapa dia manusia itu? Yang dimaksudkan \u2018manusia\u2019 itu sebenarnya \u2018insan\u2019, iaitu <i>al-<\/i><i>\u1e25<\/i><i>ayaw\u0101n al-n\u0101<\/i><i>\u1e6d<\/i><i>iq<\/i>, \u2018makhluk hidup yang bertutur-kata\u2019. Dia bukanlah roh, dan bukan pula jasad. Tetapi dia ialah suatu yang lain daripada keduanya, yang terjelma apabila kedua-dua ini (<i>al-nafs al-n\u0101<\/i><i>\u1e6d<\/i><i>iqah<\/i> dan <i>al-nafs al-<\/i><i>\u1e25<\/i><i>ayaw\u0101niyyah<\/i>) berhubungan antara satu sama lain. Berbeza dengan faham barat di mana manusia itu <i>rational animal<\/i>, yang <i>ratio <\/i>itu merujuk, sekali lagi, kepada semacam \u2018kebolehan berfikir\u2019, manakala <i>animal<\/i> itu walaupun pada asalnya <i>anima<\/i> yang bermaksud \u2018roh\u2019, tetapi lama-kelamaan, seperti yang dibincangkan tadi, aspek rohani itu dikesampingkan dan jadilah <i>animal<\/i> itu \u2018binatang\u2019 sahaja. Maka, manusia menurut mereka adalah \u2018binatang yang mempunyai kebolehan berfikir\u2019. Akhirnya mereka juga menyedari bahawa perlunya dipertimbangkan aspek bahasa dalam pemahaman mereka tentang manusia. Lama-kelamaan muncullah pula disiplin-disiplin baru seperti linguistik, semantik, semiotik, dan sebagainya, seterusnya perbincangan-perbincangan mengenai sama ada bahasa mampu mengungkapkan realiti, yang kemudiannya mereka membuat kesimpulan bahawa bahasa manusia begitu terhad dan tidak mampu untuk mengungkapkan realiti, lalu cuba diciptanya pula satu macam bahasa yang mungkin mampu mengungkap realiti, yang digelarnya bahasa formal atau mantiq formal, yang diformulasikan menggunakan simbol-simbol, dan seterusnya dikembangkan menjadi demikian rumit dengan tidak berpenghabisan sehinggalah kini. Padahal bahasa tetaplah bahasa, yang berasal-usul daripada anugerah yang Allah s.w.t kurniakan ke atas diri-diri insan semenjak saat <i>alastu<\/i> lagi. Satu kurniaan dalam bentuk keupayaan menyusun dan menyampaikan ma`na, yang akhirnya dijadikan ta`rif insan itu sendiri, satu makhluk bernyawa yang mampu menyimpul dan mengungkapkan ma`na, dan inilah sebenarnya yang sewajarnya difahami dengan \u2018kebolehan berfikir\u2019, yang akhirnya menjelma di alam syahadah ini sebagai bahasa.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-1593\" alt=\"Godel\" src=\"https:\/\/humanities.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/04\/Godel.png\" width=\"558\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/04\/Godel.png 558w, https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/04\/Godel-300x161.png 300w\" sizes=\"(max-width: 558px) 100vw, 558px\" \/><\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">YM Profesor terus-menerus menegaskan bahawa semenjak lebih seribu tahun sudah bahasa Arab al-Qur\u2019an ini terpelihara dengan utuhnya, yang \u2018sistem\u2019 ma`na yang saling berhubungan itu terus menerus menjelmakan satu pandangan alam yang teguh bersandarkan agama yang benar, yang menerusinya kelseluruhan realiti di alam mawjudat ini dapat diungkapkan dengan benar dan setia, yang kalaupun terdapatnya penemuan-penemuan baru, ilmu-ilmu baru, sebenarnya ia hanyalah menambah (mungkin dengan lebih rinci mengikut kesesuaian dan keperluan semasa) apa yang sudah tersedia ada. Bahkan, sistem nahu dan tatabahasanya sendiri menayangkan hakikat ini. Ejaannya pun tidak pernah berubah. Namun, ada di kalangan kita yang jahil akan hakikat ini lalu terus sahaja menuruti kata-kata mereka yang tidak tahu-menahu, seperti Mahatma Gandhi yang mendakwa semua agama adalah ibarat dahan-dahan di sebatang pohon, semuanya termasuk Islam hanyalah bersambungan dengan batang pohon itu yang mewakili agama asal yang sebenar. Tentu sekali kita tidak dapat menerima pernyataan ini. Bahkan sewajarnya kita berteguh dengan mengatakan Islamlah sebenarnya batang pohon itu, manakala yang lain-lainnya itu hanyalah dahan, yang walaupun di dalamnya terdapat keserupaan dan kemiripan dengan Islam, namun tiadalah ia diiktiraf sebagai agama yang benar yang sempurna. Inilah yang dimaksudkan oleh ayat al-Qur\u2019an, \u201c<i>Huwa\u2019l-ladh<\/i><i>\u012b arsala ras\u016blahu bi\u2019l-hud<\/i><i>\u0101 wa d<\/i><i>\u012bni\u2019l-<\/i><i>\u1e25aqqi li yu<\/i><i>\u1e93hirahu `al<\/i><i>\u0101\u2019l-d<\/i><i>\u012bni kullihi\u201d<\/i> (S\u016brah al-Tawbah: 33, S\u016brah al-Fat\u1e25: 28, S\u016brah al-\u1e63aff: 9). Bahawa sanya, \u2018sistem\u2019 ma`na yang saling berhubungan antara satu sama lain di dalam al-Qur\u2019an itulah yang menayangkan atau menjelmakan satu pandangan alam agama Kebenaran, yang benar-benar mengungkapkan realiti. Himpunan ma`na-m`na yang saling berhubungan ini akhirnya menjadi ilmu. Kembali kepada ta`rif faham ilmu oleh Imam al-Jurj\u0101n\u012b r.h tadi, kalimah <i>wu<\/i><i>\u1e63<\/i><i>\u016bl<\/i> itu juga membawa ma`na <i>bersatu<\/i>, dalam erti kata jiwa atau diri insan itu <i>bersatu<\/i> dengan ma`na itu. Setiap kalimah, yang setiap satunya membayangkan faham-faham tertentu, seperti <i>khalaqa, qadara, <\/i><i>\u1e63<\/i><i>ifah, <\/i><i>\u1e25<\/i><i>aq\u012bqah,<\/i> dan sebagainya itu berhubungan antara satu sama lain menjadi faham-faham yang lebih besar, yang akhirnya kembali kepada kalimah All\u0101h, iaitu Nama Khas bagi Tuhan Yang MahaEsa. Maka terpulanglah kepada mereka yang mempunyai kebijaksanaan di kalangan kaum Muslimin untuk terus memelihara keutuhan ini, dengan menggunakan bahasa dengan betul, dengan kefahaman, dengan penuh rasa hormat dan berhati-hati. Bahasalah kesan zahir yang membayangkan keadaan jiwa penuturnya, kerana insan itu bukanlah seperti si burung kakaktua yang meniru-niru sahaja pertuturan orang namun hampa ma`na.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">YM Profesor meneruskan syarahan beliau dengan memberikan satu contoh ketidaktelitian dalam penggunaan bahasa berserta akibatnya. Beliau mempertimbangkan perbezaan antara perkataan \u2018mahu\u2019 dan \u2018hendak\u2019. Perkataan \u2018mahu\u2019, menurut YM Profesor, menunjukkan bahawa kemahuannya itu didorong oleh sesuatu di luar dirinya, manakala perkataan \u2018hendak\u2019 menunjukkan dorongan yang datang dari dalam dirinya sendiri. Misalnya, pernyataan \u201csaya mahu ke pasar\u201d didorong oleh pertanyaan \u201cMahu ke mana?\u201d. Maka, adalah tidak tepat sekiranya perkataan \u2018mahu\u2019 ini digunakan untuk menterjemahkan perkataan <i>arada<\/i> dalam ayat \u201c<i>idh<\/i>\u0101<i> ar\u0101<\/i><i>da shay\u2019an an yaq\u016bla lah\u016b kun fa yak\u016bn<\/i>\u201d, kerana Allah s.w.t tidaklah didorong oleh sesuatu apa pun pada iradahnya. Begitu juga, tidaklah tepat sekiranya digunakan istilah \u2018dikehendaki\u2019 dalam menterjemah ayat ini, seperti \u201capabila dikehendaki olehNya akan sesuatu\u2026\u201d, kerana \u2018dikehendaki\u2019 ini menunjukkan seolah-olah objek itu tiada hadir padaNya sedangkan Allah s.w.t itu Mahameliputi semesta semua, misalnya, \u201csaudara <i>dikehendaki<\/i> untuk hadir ke kuliah\u2026\u201d menunjukkan saudara belum lagi hadir. Kita tidak seharusnya membayangkan hal ini seperti satu pertunjukan silap mata di mana benda yang tiada tiba-tiba muncul di hadapan mata, sedangkan dalam ayat tersebut itu ada perkataan \u201c<i>lah\u016b<\/i>\u201d yang menunjukkan objek itu sudah sedia hadir dalam pengetahuan Allah s.w.t dalam suatu keadaan batin dengan bersedia dengan <i>isti`d<\/i><i>\u0101<\/i><i>t<\/i> yang tertentu sehinggalah apabila berkata Ia baginya \u201cJadi!\u201d maka ia keluar ke <i>`<\/i><i>\u0101<\/i><i>lam kh\u0101<\/i><i>rijiyyah<\/i>. Begitu juga dengan perkataan \u2018menghendaki\u2019, yang menunjukkan seolah-olah ada satu ketidakupayaan pada Allah s.w.t sehinggakan Dia \u2018menghendaki\u2019 sesuatu pula. Akhir ayat \u201c\u2026<i>kun fa yak\u016bn<\/i>\u201d tidak seharusnya diterjemah sebagai \u201c\u2026ada! Maka adalah\u201d, sekali lagi seolah-olah seperti pertunjukan silap mata tadi. Tetapi sewajarnya, seperti yang dihuraikan oleh Hamzah al-Fan\u1e63\u016br\u012b dan N\u016br al-D\u012bn al-R\u0101n\u012br\u012b, ayat ini lebih tepat diterjemah sebagai \u201capabila berkehendak Ia akan sesuatu berkata Ia baginya, \u201cJadi!\u201d, maka menjadi\u201d. Sebab itulah terjemahan Melayu yang tepat bagi kalimah <i>`<\/i><i>\u0101<\/i><i>lam<\/i> ialah \u2018kejadian\u2019, walaupun perkataan ini dalam bahasa Melayu moden selalunya dima`nakan dengan \u2018sesuatu yang berlaku\u2019.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Sebagai khatimah, YM Profesor sekali lagi menegaskan, bahawa bahasa Arab selepas Islam ialah bahasa Arab baru. Tanzilnya al-Qur\u2019an telah mengIslamkan bahasa Arab. Bahasa ialah suatu yang sudah tersedia ada berasal-usul daripada peristiwa \u201c<i>alastu bi rabbikum<\/i>\u201d, dan bukanlah satu evolusi daripada keadaan tabii atau semulajadi yang berubah sedikit demi sedikit berdasarkan <i>convention<\/i> atau kesepakatan sosial sehingga membentuk civil society. Bahawa sanya, kalimah-kalimah dalam al-Qur\u2019an, hatta tatabahasanya sekalipun adalah terdiri daripada semacam sistem ma`na yang saling berhubungan antara satu sama lain, yang menayangkan satu pandangan alam yang bersandarkan <i>al-D\u012bn al-Haqq<\/i>, yang sekiranya dirungkai atau diubah-ubah sistem ini akan menghasilkan shak, kekeliruan dan akhirnya kesesatan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"color: #000000;\">Ditulis oleh:<\/span><br \/>\n<span style=\"color: #000000;\"> Muhammad Ikhwan Azlan\u00a0|\u00a0<em>Calon Doktor Falsafah, CASIS<\/em> | 29 Mac 2013<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ringkasan Syarahan Sabtu Malam oleh Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas 8 FEB 2014 Alhamdulillah, Siri Syarahan Sabtu Malam anjuran CASIS-UTM diteruskan pada semester ini, dengan persetujuan dan kerelaan hati YM Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang keberadaannya dan tutur katanya senantiasa didahagakan oleh para pencinta ilmu dan ahlinya serta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4818,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":["post-1588","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-saturday-night-lecture"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1588","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4818"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1588"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1588\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1588"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1588"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1588"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}