{"id":1473,"date":"2014-01-09T18:35:56","date_gmt":"2014-01-09T10:35:56","guid":{"rendered":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/?p=1473"},"modified":"2014-05-01T13:14:59","modified_gmt":"2014-05-01T05:14:59","slug":"bogor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/blog\/2014\/01\/09\/bogor\/","title":{"rendered":"Kepimpinan, Pandangan `Alam Isl\u0101m dan Peradaban: Sebuah Permulaan dari Kota Bogor"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"color: #333333\"><\/p>\n<p align=\"center\"><b><i>Kepimpinan, Pandangan `Alam Isl\u0101m dan Peradaban: Sebuah Permulaan dari Kota Bogor<\/i><\/b><\/p>\n<p align=\"center\"><i>Disediakan oleh: Mohd Hilmi bin Ramli<a title=\"\" href=\"file:\/\/\/C:\/Users\/hp\/Dropbox\/Public%20Relation\/Leadership%20Camp-Bogor\/Kepimpinan_revised%208%20Jan%2014.docx#_ftn1\"><b>[1]<\/b><\/a>.<\/i><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/humanities.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MMS_0866.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-1475\" alt=\"MMS_0866\" src=\"https:\/\/humanities.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MMS_0866-1024x682.jpg\" width=\"100%\" height=\"100%\" srcset=\"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MMS_0866-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MMS_0866-300x200.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/a><\/p>\n<p>\nKota Bogor, yang terkenal dengan sejarah dan kemegahan Istana Presidennya dan dikenali juga dengan Kota Hujan kerana iklim yang dingin, termasuk merupakan tempat kelahiran Prof. Dr Syed Muhamad Naquib al-A\u1e6d\u1e6das, telah menjadi lokasi pertemuan dua wakil kepimpinan muda Muslim negara berjiran Malaysia dan Indonesia. Program Kepemimpinan Muslim Muda Indonesia-Malaysia (KMMIM) anjuran Universiti Ibn Khaldun, Bogor, <i>Center for Avanced Studies on Islam, Science and Civilization<\/i> (CASIS-UTM) dan Sekretariat Transformasi Serantau (STS) bermula pada 3 \u2013 8 November bersamaan 29 Z\u016blhijjah 1434 &#8211; 4 Muhar\u0101m 1435 telah mengumpulkan barisan pemimpin muda dari segala pelusuk pengajian tinggi di Malaysia dan Indonesia, sekitar berjumlah 80 orang.\n<\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p>\nProgram ini bertujuan untuk memupuk kesedaran awal betapa pentingnya konsep dan amalan kepimpinan berdasarkan pandangan \u2018alam Isl\u0101m. Prof Wan Mohd Nor Wan Daud, Pengarah CASIS-UTM ketika dalam ucapan pembukaannya, mengungkapkan betapa pentingnya konsep arkitektonik dalam kepimpinan dalam Isl\u0101m yang harus bermula dengan pandangan \u2018alam Isl\u0101mnya. Kepimpinan bukan hak milik mutlak dan kerjaya seorang ahli politik semata-mata. Andaianya bahawa setiap kepemimpinan muda yang sedang dibentuk bertujuan akhirnya menjawat jawatan penting dalam politik dan kerajaan adalah hanya sebahagian daripada lapangan mengembangkan bakat kepimpinan.\n<\/p>\n<p>\nKepimpinan yang sebenar berdasarkan pandangan \u2018alam Isl\u0101m ialah bertujuan akhir memimpin diri sendiri supaya kenal hakikat diri dan perjalanan akhirnya. Ini diajar dalam Isl\u0101m, tatkala perjanjian asali semua manusia ketika di alam \u0100lastu<a title=\"\" href=\"file:\/\/\/C:\/Users\/hp\/Dropbox\/Public%20Relation\/Leadership%20Camp-Bogor\/Kepimpinan_revised%208%20Jan%2014.docx#_ftn2\">[2]<\/a>, bahawa sekalian manusia telah berkumpul di depan Yang Maha Agung, dan kemudiannya sekaliannnya berikrar akan Tuhan yang Esa dan saat kelahirannya dan kehidupannya di alam nyata ini,\u00a0 perjanjian itu masih sah dan berkekalan sehingga akhir hayatnya.\n<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/humanities.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MG_6845.jpeg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-1476\" alt=\"_MG_6845\" src=\"https:\/\/humanities.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MG_6845-1024x683.jpeg\" width=\"640\" height=\"426\" srcset=\"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MG_6845-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MG_6845-300x200.jpeg 300w, https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MG_6845.jpeg 1280w\" sizes=\"(max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><\/a><\/p>\n<p>\nOleh kerana itu setiap individu harus memimpin dirinya sendiri mengenal hakikat penciptanya, hakikat dirinya sebagai manusia, hakikat para Ras\u016bl dan Mal\u0101ikat dan ilmu yang benar sebagai bekalannya sebelum pulang menemui Tuhannya kembali. Amatlah malang jika perihal yang maha penting ini dilupakan atau dinafikan, sekaligus cerminan dia tidak mampu memimpin dirinya sendiri apatahlah khalayaknya.\n<\/p>\n<p>\nPandangan \u2018alam Isl\u0101m sebagai peta sangat penting kepada seseorang pemimpin apatahlagi individu Muslim. Prof. Dr Wan membuat tamsil peta kerana setiap muslim dilahirkan sebagai pedagang dan pedagang akhirnya akan pulang menemui Tuannya. Dunia ini adalah tempat singgahan sementara, yang hanya perlu mencari bekalan untuk berpindah ke \u2018alam yang lebih hakiki dan kekal. Oleh kerana dunia (asal katanya dalam bahasa Arab dan\u0101) bermaksud terlalu dekat, telah menipu daya manusia untuk tidak mengingatkan hari yang jauh yang lebih pasti yakni Hari Akh\u012brat. Melalui pandangan alam Isl\u0101m yang jelas akan komponen-komponen pentingnya seperti faham ilmunya, Ketuhanannya, Keinsanannya, bahasa, budaya dan \u2018alam semesta, seorang pemimpin akan berupaya memandu dirinya bahkan khalayaknya ke arah jalan yang lurus dan diredai.\n<\/p>\n<p>\nBerbanding dengan pemimpin-pemimpin hebat dunia yang terkenal, namun tidak ada peta \u2018pandangan \u2018alam\u2019 di tanggannya, yang akhirnya seakan kehampaan kalbunya apabila saat kematiannya sudah tiba. Prof. Wan membawa kisah mantan Perdana Menteri dan Menteri Mentor Singapura yang pintar, Lee Kuan Yew tatkala di saat akhir kematian isteri tercintanya. Apabila ditanya wartawan, \u201cApakah yang kamu (Lee Kuan Yew) fikirkan sekiranya isteri kamu menghembuskan nafasnya yang terakhir?\u201d, beliau telah menjawab, \u201cAku tidak pasti kerana orang yang mati tidak kembali membawa khabar berita kehidupan mereka di sana.\u201d<a title=\"\" href=\"file:\/\/\/C:\/Users\/hp\/Dropbox\/Public%20Relation\/Leadership%20Camp-Bogor\/Kepimpinan_revised%208%20Jan%2014.docx#_ftn3\">[3]<\/a>\u00a0Sekurangnya bagi umat Isl\u0101m, ilmu dan tanda bagi \u2018alam selepas kematian sudah dipacak jelas dalam peta pandangan \u2018alamnya, maka perihal kematian bukan lagi suatu yang misteri dan hampa.\n<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/humanities.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MMS_0835.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-1474\" alt=\"MMS_0835\" src=\"https:\/\/humanities.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MMS_0835-1024x682.jpg\" width=\"640\" height=\"426\" srcset=\"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MMS_0835-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MMS_0835-300x200.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><\/a><\/p>\n<p>\nPeta yang telah digariskan laluannya ke \u2018alam akhirat oleh para Ras\u016bl dan Anbiya\u2019, dan yang telah dipacakkan tanda-tanda penunjuk ke arah itu oleh para ilmuwan dan ulama wibawa hanya kini dicemari dengan racun-racun keraguan epistemologinya oleh kerabat \u1e62ufas\u1e6d\u0101iyyah moden, yang mengakibatkan tanda-tanda yang dipacak itu kabur, tercabut akarnya ataupun keliru identitinya. Akibat daripada keraguan epistemologinya, ramai yang berani menongkas arus kebenaran hak\u012bk\u012b, menyebabkan yang yang har\u0101m menjadi hal\u0101l dan yang hal\u0101l diragui kebenarannya. Orang seperti ini sepatutnya boleh bertemu dengan tanda \u2018taubat\u2019nya yang sepatutnya terpacak dalam peta pandangan alamnya, akan tetapi tanda tersebut sudah kabur, tercabut akarnya bahkan hilang identitinya akibat racun keraguan yang ditabur.\n<\/p>\n<p>\nMelalui program kepimpinan seperti ini, para peserta terdedah kepada idea dan gagasan kepimpinan yang lebih besar melalui pandangan \u2018alam Isl\u0101m yang sebenar. Tidaklah asing sebenarnya untuk memupuk kepimpinan muda dengan idea-idea, falsafah mahupun gagasan besar kerana perihal seperti ini sudah pun dilaksanakan negara bukan Isl\u0101m seperti di Australia melalui\u00a0<i>Cranlana Program<\/i>\u00a0yang dibawa oleh\u00a0<i>The Myer Foundation<\/i>. Projek Cranlana ini ialah suatu usaha untuk memupuk di kalangan kepimpinan muda segala sektor di Australia untuk memahami idea-idea pemikir dan ahli falsafah ternama dunia, bermula Confucius (551-479 SM), Plato (428-348 SM) sehingga tokoh pemikir moden seperti Ursula Le Guin (1929-), Edward Said (1935-2003) dan ramai lagi. Paling menarik, antara ramai tokoh yang dipilih berserta ideanya, hanya seorang tokoh Muslim yang dipilih iaitu Prof. Syed Muhammad Naquib al-A\u1e6d\u1e6das dengan\u00a0<i>The Dewesternization of Knowledge<\/i>\u00a0yang dimuatkan semua karya tokoh pemikir dan ahli falsafah terpilih ini dalam buku silibus latihan kepimpinan mereka\u00a0<i>Powerful Ideas: Perspectives on the Good Society (2002).<\/i>\n<\/p>\n<p>\nKonsep arkitektonik kepimpinan dalam Isl\u0101m bertujuan melahirkan pemimpin dalam setiap bidang yang diceburi, sama ada politik, akademik, sosial, ekonomi, hatta keluarganya supaya mereka dapat menyumbang secara adil dan amanah, berdasarkan batasan wibawa dan matlamat kepimpinannya, yang semuanya di bawah kerangka pandangan alam Isl\u0101m yang sebenar. Ini seiring dengan tujuannya yang mahu memutuskan lingkaran ganas yang muncul dalam masharakat; yakni bermula kekeliruan ilmu dalam diri individu, yang kemudiannya melahirkan insan yang hilang adabnya dan akhir kesannya ialah masharakat yang hilang adab ini akan mengangkat pemimpin yang keliru, kerana hanya yang j\u0101hil suka dipimpin oleh orang yang j\u0101hil jua!\n<\/p>\n<p>\nDalam KMMIM ini, para peserta didedahkan dengan susunan tajuk dan pembentang yang mempunyai wibawa dalam bidang masing-masing. Tajuk-tajuk yang dibentangkan ialah seperti\u00a0<i>Worldview<\/i>, Peradaban dan Kepimpinan, Unsur-Unsur Kesatuan \u2018Alam Melayu, Kesatuan &amp; Perpecahan Serantau: Mazhab, Extremisme, Syi\u2019ah dan Isl\u0101m di Wilayah Melayu Indonesia: Perspektif Historis, Hubungan Malaysia \u2013 Indonesia , Isl\u0101m dalam Peta Politik Asia Tenggara dan Pasifik, Cabaran Ekonomi Serantau, Cabaran Intelektual Semasa\u00a0 (Liberalisme,\u00a0 Pluralisme, dan Islamisasi).\n<\/p>\n<p>\nManakala para pembentangnya terdiri daripada Prof. Dr Wan Mohd Nor Wan Daud (Pengarah CASIS-UTM), Dato Sahlan Ismail (Presiden STS), Dr Adian Hussaini (UIK\/ INSIST), Prof. Dr Muhammad Zainy Uthman (CASIS), Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah (CASIS-UTM), Dr Mohd Zaidi Ismail (Institut Kefahaman Islam IKIM), Dr Mohd Farid Mohd Shahran (IKIM), Mohd Nizam Mashar (CEO Majlis Tindakan Melayu MTEM), Adnin Arnas (Direktor Eksekutif INSIST), Dr Nirwan Syafrin (UIK\/INSIST) dan Dr. Hendri Sapini, (Pengasas Centre of Reform on Economics CORE).\n<\/p>\n<p>\nTidak mudah memahami suatu idea mahupun gagasan yang penting dan besar jika tidak disharahkan atau dipermudahkan. Setiap tajuk akan disusuli dengan sesi refleksi dipimpin oleh fasilitator Mohd Hilmi Ramli, Wan Ahmad Fayhsal dan Wan Mohd Aimran, kesemuanya penuntut di CASIS sambil dibantu oleh barisan panitia Randy, Reza, Ety, Subhi dan ramai lagi yang merupakan pelapis intelektual di Indonesia. \u00a0Peranan fasilitator ialah menghuraikan, menetapkan dan mengukuhkan lagi kefahaman peserta, dengan tidak dinafikan setiap tajuk dan sesi yang diperuntukkan kepada peserta saling berkaitan dan berkesinambungan, makanya barisan fasilitator umpama tukang jahit yang sekadar menenun kembali idea-idea dan faham-faham penting yang dikongsikan oleh penceramah supaya lebih cantik dan kemas kefahamannya.\n<\/p>\n<p>\nDalam setiap sesi refleksi itu, para peserta diberi peluang berkongsi dan berdiskui kembali apa yang mereka perolehi daripada sesi ceramah sebelumnya. Antara hal yang dibincangkan ialah kesedaran mereka betapa pentingnya melihat Isl\u0101m sebagai faktor penyatu di antara umat Melay\u016b dan Indonesia, disokong oleh faktor-faktor sosial, ekonomi dan politik. Di samping kesedaran sejarah bahawa dengan kehadiran Isl\u0101m melalui usaha pendakwah dari Tanah Hadrama\u016bt telah memberi identiti yang baru kepada umat Melayu di rantau ini yang dahulunya sekadar memuja nilai estetik agama Hindu dan Buddha.\n<\/p>\n<p>\nBudaya saintifik dan ilmiah melalui pengenalan bahasa Melayu dan agama Isl\u0101m telah mengangkat dar\u0101j\u0101t umat Melayu di rantau ini. Timbul juga persoalan dari peserta, \u201cApakah sumbangan Isl\u0101m di alam ini?\u201d Jawapannya ialah, jika aspek dan perihal material seperti bangunan, seni budaya mahupun artifak bersejarah dijadikan sebagai ukuran, peradaban Isl\u0101m seakan terkebelakang dengan agama Hindu dan Buddha yang terkenal dengan Chandi mereka. Akan tetapi hakikatnya, peradaban Isl\u0101m ialah peradaban ilmu yang menyumbang ke alam Melayu ini melalui revolusi bahasa dan akal yang tercermin melalui sumbangan penulisan dan akhlakiah. Karya-karya intelektual pelbagai peringkat, dari yang membahaskan perihal awam seperti ibadat dan muamalat sehinggalah perihal yang lebih tinggi dan serius seperti metafizik dan falsafah Isl\u0101m telah dihasilkan oleh ilmuwan dan ulama kita.\n<\/p>\n<p>\nBersempena dengan kedatangan tahun Hijrah 1435 yang baru, sebuah karya penting oleh Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud bertajuk \u201cIslamisasi Ilmu-Ilmu Kontemporer\u201d yang merupakan terjemahahan bahasa Melayu yang asalnya\u00a0<i>Islamization of Contemporary Knowledge and the Role of the University in the Context of Dewesternization and Decolonization<\/i>\u00a0telah dirasmikan. Karya tersebut adalah Sharahan Keprofesorannya Prof. Wan Mohd Nor yang telah mencatat sejarah di UTM apabila kehadirannya luar biasa mencecah 500 orang.\u00a0 Majlis perasmian dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Malaysia yang kelihatan senang dan tenang dalam majlis ilmiah itu, di samping bertemu dengan kepimpinan muda dua negara berjiran. Namun, agak berdukacita kerana Pak Amien Rais, negarawan Indonesia yang sebenarnya turut akan hadir ke majlis perasmian itu, tidak dapat hadir di saat-saat akhir kerana batasan kesihatan.\n<\/p>\n<p>\nAntara penghargaan yang diterima oleh barisan penceramah dan fasilitator, terutamanya dari Malaysia ialah kesempatan melawat Istana Presiden, yang jarang-jarang diberi kepada tetamu luar. Rombongan Malaysia dketuai oleh Prof. Wan dibawa melawat keseluruhan Istana Presiden, bermula dengan bilik tetamu Presiden Indonesia yang pernah menempat tetamu kenamaan seperti Presiden Amerika sehingga ke bilik membaca dan bertemunya empat mata antara Presiden Indonesia dan tetamunya, perpustakaannya dan akhirnya ke ruang mesyuarat pembesar negara. Istana tersebut mempunyai keluasan tanah yang luar biasa, sehinggakan kami merasa aman dan sunyi, dibelakangi oleh nostalgia dan sejarah Istana tersebut. \u2018Kuasa ruang\u2019 sememangnya mengunci kami daripada merasai keributan dan\u00a0<i>kemacetan<\/i>\u00a0jalan raya di Bogor untuk seketika waktu.\n<\/p>\n<p>\nDi sekeliling taman Istana itu ada hampir 800 ekor rusa yang telah beranak-pinak sejak mula-mula Istana tersebut dibina sekitar tahun 1744. Satu soalan ditanya, apakah pernah ada mantan-mantan Presiden yang menyembelih antara rusa-rusa itu untuk dijamah oleh ahli keluarganya, kerana kami dikhabarkan ada salah seorang mantan Presiden yang memperlakukan seperti itu.\u00a0<i>Kepala Kantor<\/i>\u00a0Istana Presiden itu menjawab dengan penuh adab dan diplomasi,\u00a0<i>\u201cKami tahu semua ketua-ketua (yakni Presiden) kami adalah orang yang baik, namun demikian, orang sekelilingnya lah yang berperanan memberi nasihat\u201d<\/i>. Walaupun jawapannya tidak menjawab persoalan yang dilontarkan, namun jawapannya sudah cukup memberi makna dan mesej yang halus; bahawa mana-mana pemimpin harus mempunyai penasihat yang baik dan dihormati. Dalam tradisi kepimpinan Isl\u0101m, perihal penasihat yang baik untuk seorang ketua atau pemimpin telah banyak dinukilkan persis karya Im\u0101m al-Ghaz\u0101l\u012b (m. 1111) Nasih\u0101t al-Mulk, Al-Maward\u012b (m. 1058) Kit\u0101b Nasih\u0101t al-Mulk dan banyak lagi.\n<\/p>\n<p>\nSalah satu sesi sepanjang latihan kepimpinan itu ialah latihan kajian lapangan. Para peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan diagihkan ke tempat-tempat yang mempunyai nilai sejarah, agama dan kebudayaan, supaya akhirnya mereka memperolehi makluman balas dan pengalaman langsung mengutip data persejarahan dan kebudayaan. Antara tempat yang dikunjungi ialah Maq\u0101m Hab\u012bb Abdullah al-A\u1e6d\u1e6das, yang dikenali sebagai W\u0101l\u012b Kota berasal Hadr\u0101ma\u016bt, Y\u0101man, kerana ilmu, amalan dan akhlaknya yang tinggi, bahkan juga merupakan nenda (datuk) Prof. Syed Muhammad Naqu\u012bb al-A\u1e6d\u1e6das. Salah satu kumpulan, bersama sebilangan rombongan penceramah dan fasilitator dari Malaysia berkesempatan meluangkan masa menziarahi Hab\u012bb Hussa\u012bn al-A\u1e6d\u1e6das, sepupu Prof. al-A\u1e6d\u1e6das yang merupakan penjaga maqam tersebut dan salah seorang cucu Hab\u012bb Abdullah al-A\u1e6d\u1e6das. Pertemuannya santai dan penuh adab, diselangi dengan jenaka ringan bagi meraikan tetamu yang hadir, di samping kami disajikan cerita tradisi lisan bagaimana Hab\u012bb Abdullah al-A\u1e6d\u1e6das boleh berkahwin dengan permaisuri Raja asal dari Johor. Beliau, Hab\u012bb Hussa\u012bn al-A\u1e6d\u1e6das sangat gembira apabila dimaklumkan bahawa sebilangan besar kami, terutamanya dari Malaysia yang hadir di situ, merupakan anak murid sepupunya, Prof. al-A\u1e6d\u1e6das, yang beliau puji sebagai seorang yang pintar dan cerdas.\n<\/p>\n<p>\nPengalaman latihan kepimpinan seperti ini sangat penting bagi pemimpin muda. Mereka diajar dan dibimbing bahawa kepimpinan dalam Isl\u0101m mestilah berpandukan pandangan alam Isl\u0101m yang sebenar. Sesi sharahan, kajian lapangan, perasmian buku, sesi refleksi bersama fasilitator, di samping aktiviti tidak rasmi antara peserta dengan penceramah dan fasilitator men<i>gombrol<\/i>\u00a0hal-hal intelektual dan ilmiah sambil minum kopi adalah ramuan kepada program kepimpinan ini.\n<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/humanities.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MG_6817.jpeg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-1477\" alt=\"_MG_6817\" src=\"https:\/\/humanities.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MG_6817-1024x683.jpeg\" width=\"640\" height=\"426\" srcset=\"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MG_6817-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MG_6817-300x200.jpeg 300w, https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/91\/2014\/01\/MG_6817.jpeg 1280w\" sizes=\"(max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><\/a><\/p>\n<p>\nTidaklah mudah membina generasi kepimpinan melainkan dengan usaha yang serius dan berjangka panjang, dari semua pihak, terdiri daripada para sarjana, institusi kerajaan, institusi pengajian tinggi, dan masharakat seperti yang telah dilakukan di Bogor ini. Inilah pelaburan jangka masa panjang yang tidak mengeluarkan kos jutaan Ringgit, kerana tidak pula mereka dihidangkan dengan kegiatan sosial yang berlebihan dan sia-sia, bahkan demi untuk membina generasi kepimpinan Muslim yang berupaya dengan izin Allah menyambung tali sejarah lama dan baru dan mengekalkan tradisi dan peradaban ilmu untuk masa depan di Rantau ini khususnya dan dunia Isl\u0101m umumnya.\n<\/p>\n<p>\n<a title=\"Kepimpinan Bogor\" href=\"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/?p=1483\">Click Here<\/a> for the PDF<\/p>\n<div>\n<hr align=\"left\" size=\"1\" width=\"33%\" \/>\n<div>\n<p><a title=\"\" href=\"file:\/\/\/C:\/Users\/hp\/Dropbox\/Public%20Relation\/Leadership%20Camp-Bogor\/Kepimpinan_revised%208%20Jan%2014.docx#_ftnref1\">[1]<\/a>\u00a0Beliau merupakan pelajar Sarjana CASIS-UTM yang terlibat sebagai fasilitator di Bogor. Catatan ini juga dibantu oleh Wan Mohd Aimran dan Wan Ahmad Fayhsal, masing-masing pelajar Phd dan Sarjana CASIS, terlibat sama sebagai fasilitator dalam program di Bogor.<\/p>\n<\/div>\n<div>\n<p><a title=\"\" href=\"file:\/\/\/C:\/Users\/hp\/Dropbox\/Public%20Relation\/Leadership%20Camp-Bogor\/Kepimpinan_revised%208%20Jan%2014.docx#_ftnref2\">[2]<\/a><i>\u00a0Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): &#8220;Bukankah Aku tuhan kamu?&#8221; Mereka semua menjawab: &#8220;Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi&#8221;. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: &#8220;Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini&#8221;.<\/i>\u00a0(Al-\u2018Araf: 172)<\/p>\n<\/div>\n<div>\n<p><a title=\"\" href=\"file:\/\/\/C:\/Users\/hp\/Dropbox\/Public%20Relation\/Leadership%20Camp-Bogor\/Kepimpinan_revised%208%20Jan%2014.docx#_ftnref3\">[3]<\/a>\u00a0Sila rujuk temuramah Seth Maydans, wartawan The New York Times dan The International Herald Tribune bersama Lee Kuan Yew di sini:\u00a0<a href=\"http:\/\/www.theonlinecitizen.com\/2010\/09\/transcripts-new-york-timesiht-interview-lee-kuan-yew\/\">http:\/\/www.theonlinecitizen.com\/2010\/09\/transcripts-new-york-timesiht-interview-lee-kuan-yew\/<\/a><\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kepimpinan, Pandangan `Alam Isl\u0101m dan Peradaban: Sebuah Permulaan dari Kota Bogor Disediakan oleh: Mohd Hilmi bin Ramli[1]. Kota Bogor, yang terkenal dengan sejarah dan kemegahan Istana Presidennya dan dikenali juga dengan Kota Hujan kerana iklim yang dingin, termasuk merupakan tempat kelahiran Prof. Dr Syed Muhamad Naquib al-A\u1e6d\u1e6das, telah menjadi lokasi pertemuan dua wakil kepimpinan muda [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4818,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-1473","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-activities"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1473","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4818"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1473"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1473\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1473"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1473"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/humanities.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1473"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}