Borang Aduan FSSH

Borang Aduan FSSH

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyediakan Borang Aduan FSSH sebagai saluran rasmi kepada semua pihak, termasuk staf, pelajar dan pihak luar, untuk melaporkan sebarang aduan atau masalah berkaitan kemudahan, fasiliti dan perkhidmatan di fakulti.

Aduan yang boleh dikemukakan termasuk masalah berkaitan teknologi maklumat (IT), kemudahan bilik kuliah, penghawa dingin (aircond), peralatan, kerosakan fasiliti serta isu-isu lain yang memerlukan perhatian dan tindakan pihak berkaitan.

Setiap aduan yang diterima akan diproses dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja. Walau bagaimanapun, aduan yang dapat dikenal pasti dan diselesaikan dengan segera berkemungkinan akan diambil tindakan lebih awal, bergantung pada jenis masalah dan keadaan semasa.

Bagi melancarkan proses semakan dan tindakan susulan, pengadu dimohon untuk memberikan maklumat yang tepat, jelas dan lengkap, termasuk butiran masalah serta lokasi kejadian, jika berkaitan.

Sila klik butang di bawah untuk mengisi Borang Aduan FSSH.

Kerjasama anda amat dihargai dalam membantu pihak fakulti menangani aduan secara sistematik dan berkesan demi mewujudkan persekitaran kerja dan pembelajaran yang kondusif.

Terima kasih.

UTM Open Day