Be Patient. We are updating the website to serve you better.

Nama Penuh Penyelidik:

Ts Dr Hadafi Fitri Mohd Latip

Nama Sekolah:

School of Education

Research Group:

TVET

Nama Produk/Inovasi:

Inovasi Perkhidmatan Sains Sukan UTM Peneraju Kecemerlangan Sukan Negara

Deskripsi Produk/Inovasi:

Program ini telah membuahkan pelbagai jenis kejayaan di mana kedatangan pelbagai jenis sukan ke Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan untuk mendapatkan khidmat bantuan kepakaran sukan. Malahan atlet dan pasukan yang hadir berjaya memperolehi emas dan kejayaan dalam sukan yang disertai. Inovasi yang dilakukan adalah Pembangunan FORMULA 4TKPB yang dijalankan secara sistematik dan tersusun bersama aplikasi teknologi sukan.

Pasti untuk mendapatkan formula seperti ini bukan satu jalan yang mudah, di mana pelbagai jenis faktor dan risiko telah di cerakin sepanjang menjalankan program sukan. Banyak faktor juga mempengaruhi proses keberkesanan program seperti jumlah staff yang cukup, jumlah bajet kewangan yang cukup, jumlah alatan yang cukup dan pelbagai jenis lagi. Setiap kali program dijalankan memerlukan persiapan dan persediaan yang rapi bagi memastikan program berjalan lancar.

Atas faktor itu, formula ini dicipta bagi memastikan kelancaran program Pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan sains sukan dimana ia tidak memerlukan bajet yang besar, jumlah staff yang besar, jumlah alatan yang besar untuk menjalankan projek ini. Formula ini membantu memudahkan proses program dijalankan dan kedua belah pihak berpuas hati dengan Keputusan yang telah dikeluarkan.

Keberkesanan inovasi adalah aspek yang sangat penting dalam pertumbuhan dan keberlanjutan organisasi dalam ekonomi yang berubah dengan cepat hari ini. Dengan memberikan penekanan yang kuat pada inovasi perkhidmatan yang berkesan, organisasi dapat menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik yang memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan. Ini membolehkan mereka untuk berkembang dan berjaya dalam persekitaran yang semakin kompleks dan dinamik.

Kelebihan Produk Inovasi:

  1. Inovasi Perkhidmatan Sains Sukan secara sistematik dan holistik
  2. Inovasi Perkhidmatan yang cekap menjimatkan kos dan masa
  3. Inovasi Perkhidmatan yang memberi manfaat dan impak kpd pasukan negeri & kebangsaan.

Sasaran:

Kelab dan Persatuan Sukan

Hubungi:

0125015090