Sebagaimana sedia maklum, aplikasi HRMIS telah dibangunkan oleh kerajaan dengan tujuan mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan Pengurusan  Sumber  Manusia  (PSM) secara berpusat.

Surat jaminan perubatan (GL) bagi tujuan mendapatkan rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan juga boleh dicapai melalui aplikasi HRMIS. Ini bermakna semua Hospital/Klinik Kerajaan boleh menyemak kelayakan staf melalui aplikasi HRMIS tanpa perlu mencetak surat jaminan perubatan.

 

Selaras dengan itu, bagi menyokong inisiatif yang telah disediakan oleh Kerajaan ini, Universiti kini tidak lagi menyediakan surat jaminan perubatan (Guarantee Letter) bagi staf yang ingin mendapatkan rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan. Staf boleh terus ke kaunter Hospital/Klinik Kerajaan dengan memaklumkan maklumat diri/tanggungan yang terdapat di dalam aplikasi HRMIS. Sekiranya Hospital/Klinik Kerajaan mengalami kesulitan dalam menyediakan surat jaminan perubatan elektronik (E-Guarantee Letter), staf diberi pilihan untuk mencetak sendiri surat jaminan perubatan (Guarantee Letter) menggunakan aplikasiHRMIS.

Sehubungan dengan itu Klinik Mengemaskini Maklumat Peribadi di HRMIS akan diadakan seperti makluman berikut :-

Tarikh : 24 Ogos 2017 (Khamis)

Masa : 9.00 pagi  hingga 12.30 tengahari

Tempat : Makmal Bahasa Digital A, Blok D05