Program : MY ASEAN COMMUNITY INITIATIVE
Anjuran :
4 SPPH, sekolah Pendidikan

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, serta kerjasama Dynamic Paintball dan Yayasan Amal Johor.
Tempat : Kampung Sanchey, Daerah Kratie, Kemboja.

43 Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Melaksanakan Program

MyAsean Community Innitiative

 

 

Ringkasan program: 
1) Membantu memajukan sosioekonomi masyarakat kampung sanchey.
2) Memberi pendedahkan dan pendidikan Agrotek kepada masyarakat kampung sanchey.
3) Program ini adalah merupakan satu projek untuk kursus Sosiologi dan Amalan Profesionalisme Pendidikan yang dipilih oleh pelajar sendiri sebagai community lab, menggunakan metodologi Service Learning.
 
4) Berkonsepkan program “Asnaf membantu Asnaf’, mahasiswa terlibat secara aktif merancang dan melaksanakan beberapa projek yang merangkumi elemen khidmat komuniti, libatsama komuniti dan pembangunan komuniti.

 

 

KRATIE, KEMBOJA ; Seramai 43 orang Mahasiswa tahun 4 SPPH, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UTM kerjasama Dynamic Paintball, Yayasan Amal Johor dan Kemboja Yayasan Charity Association telah menjalankan program “My Asean Community Initiative” di Kampung Sanchey, Wilayah Kratie, Kemboja. Program ini telah berlangsung selama 7 hari bermula 30 Oktober hingga 5 November 2018.

Menurut Shahrin Hashim, pensyarah Kanan, Sekolah Pendidikan, FSSK, UTM, Program ini adalah merupakan satu projek untuk kursus Sosiologi dan Amalan Profesionalisme Pendidikan yang dipilih oleh pelajar sendiri sebagai lab komuniti mereka. Menggunakan metodologi Service Learning, program ini merupakan kesinambungan daripada program ‘Kembara Lestari Komuniti Kemboja 2.0′ yang telah dilaksanakan di kampung yang sama.

Berkonsepkan program “Asnaf membantu Asnaf’, mahasiswa terlibat secara aktif merancang dan melaksanakan beberapa projek yang merangkumi elemen khidmat komuniti, libatsama komuniti dan pembangunan komuniti. Bertujuan menghasilkan mahasiswa yang serba boleh.

 

Mahasiswa UTM membina kandang lembu Fidlot.

Menurutnya lagi, Program ini mencabar keupayaan mahasiswa untuk melaksanakan projek berimpak tinggi terutamanya membantu melaksanakan episod melaksanakan projek pembangunan sosioekonomi penduduk disitu. Melalui memperkenalkan projek membina kandang lembu fidlot dan melatih penduduk menyediakan silaj untuk makanan berkhasiat ternakan lembu mereka, projek ini boleh memberi satu harapan kepada peningkatan pendapatan yang tinggi kepada penduduk di kampung tersebut. Menurut beliau lagi, projek fidlot ini yang menggunakan sistem memelihara lembu secara intensif menggunakan bioternologi Effective Microorganism (EM), dapat membantu meningkatkan berat lembu pedaging dan  kualiti daging yang lebih baik.

 

Mahasiswa UTM, dan rakan strategik program menjalankan aktiviti bersama.

Menurutnya lagi,  proses pembinaan kandang lembu fidlot ini telah dilaksanakan bersama penduduk kampung dengan mahasiswa UTM terlibat merekabentuk, menasihat serta membinanya sehingga berfungsi dengan baik.

Menurut Sulaiman, wakil komuniti Sanchey, melalui latihan dan pendidikan projek fidlot ini, komuniti dapat satu ilmu yang baru dan sangat berguna kepada mereka. Beliau juga turut difahamkan bahawa bio teknologi effective microorganism (EM) dapat membantu penternak ayam dan lembu serta boleh berfungsi untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit yang menimbulkan kerisauan kepada penternak.

 

 

Pensyarah Kanan UTM, berkongsi ilmu tentang effective microorganism (EM) dengan Penduduk kampung Sanchey.

Melalui kursus kepada penggunaan teknologi bio EM, sekali gus dapat dipraktikan oleh penternak menggunakan kaedah yang betul dan memberikan harapan baik kepada kemenjadian usaha penternakan mereka.

Nurfatin pengarah program berkata “melalui program ini juga, ia merupakan satu platform orang awam, NGO dan syarikat di Malaysia untuk menyalur dan memberikan sumbangan seperti infaq pendidikan dan projek sosio ekonomi, wakaf telaga dan tandas serta sumbangan kepada asnaf di Kemboja. Hasil daripada sumbangan awam, sebanyak 15 buah telaga telah diwakafkan kepada komuniti di kampung berhampiran yang memerlukan’.

 

Mahasiswa UTM, menyiapkan wakaf  telaga

Menurut Nurfatin lagi “sepanjang program ini juga, Mahasiswa UTM telah berpeluang melawat sebuah kampung di pedalaman dan hasil daripada lawatan itu juga, kami mendapati bahawa terdapat sebuah bangunan sekolah yang terbengkalai pembinaannya dan kami terpanggil untuk membantu mereka meneruskan agenda pembinaan sekolah tersebut dalam trip akan datang bersama Yayasan dan syarikat yang bersama kami.

Menurut wakil kampung tersebut iaitu Syarifah, “kanak-kanak di kampung tersebut hanya belajar di pondok usang sahaja dan besarlah harapan kami agar suatu hari nanti sebuah bangunan sekolah yang lebih baik dapat dibina agar anak kami mendapat pendidikan yang sempurna”.

 

Kawasan di sekitar kampung Bilbang, Daerah Kratie ,Kemboja

Secara keseluruhannya, program sebegini dapat memberi impak baik dari segi pembangunan sosio-ekonomi dan pendidikan kepada penduduk di kampung tersebut. Malah dengan program sebegini juga, ia memberi peluang kepada Mahasiswa UTM untuk mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari di universiti untuk diberikan kepada komuniti. Program ini juga dapat membangunkan potensi setiap mahasiswa dari segi pemikiran kreatif, inovatif, entreprenurial dan global serta mampu menjadi contoh kepada mahasiswa lain di UTM dan Universiti Awam di Malaysia.